HomeMalay10 Buah-Buahan Terbaik & Sesuai Untuk Bayi Kecil Anda

10 Buah-Buahan Terbaik & Sesuai Untuk Bayi Kecil Anda

Seorang bayi hanya boleh menerima makanan lembut sekurang-kurangnya pada usia 4 sehingga 6 bulan ke atas. Pada usia ini anda sudah boleh memberi mereka mencuba jenis makanan lembut yang memudahkan mereka mengunyah dan menelan. Buah-buahan lembut adalah makanan awal terbaik yang anda boleh berikan kepada bayi. Hampir kesemua buah-buahan memberi manfaat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi pelbagai sumber vitamin yang baik untuk perkembangan fizikal dan minda yang sihat. Sebagai ibu bapa, anda tentunya teruja untuk memberikan bayi anda menikmati pelbagai buah-buahan segar untuk keperluan vitamin dalam badan mereka.

Sebelum memberikan sebarang jenis makanan kepada bayi yang berusia 4 bulan ke atas, anda perlu merujuk terlebih dahulu kepada doktor bagi mendapatkan nasihat jenis makanan pepejal yang sesuai diberikan bagi permulaan bayi. Pastinya buah-buahan termasuk dalam senarai makanan cadangan untuk permulaan bayi. Untuk itu, kami senaraikan kepada anda 10 buah-buahan terbaik dan sesuai untuk bayi kecil anda.

1. Pisang

Pisang adalah buah yang paling lembut untuk kunyahan gusi bayi yang lembut. Ia kaya dengan potasium, fiber, vitamin C dan vitamin B6. Fiber sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman bayi. Proses pembuangan najis akan menjadi lebih lancar dan bayi kurang mengalami sakit perut apabila sistem penghadamannya sentiasa sihat. Potasium pula baik untuk melancarkan denyutan jantungAnda boleh memberikan bayi mengunyah pisang begitu sahaja atau disediakan dalam bentuk puri yang dihancurkan. Seawal usia bayi 4 bulan anda sudah boleh mula memberikan mereka memakan pisang.

2. Kurma

Kurma adalah makanan sumber tenaga yang menjadi keutamaan orang-orang di negara timur tengah. Kandungan nutrisi kurma yang utama adalah kalsium, magnesiuam, sodium fosforus, potasium dan zat besi. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin utama seperti tiamina, riboflavin, niasin, folat, vitamin A, B6 dan vitamin K. Ia juga padat dengan fiber dan mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dektrosa. Anda boleh mula memberikan kurma kering kepada bayi seawal usia mereka mencapai 6 bulan. Pada permulaan cuba berikan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Kurma membantu kecergasan fizikal, membekalkan tenaga, meningkatkan perkembangan otak dan memperbaiki sistem penghadaman.

3. Mangga

Berikan mangga masak yang lembut untuk bayi anda belajar mengunyah seawal usia 6 sehingga 8 bulan. Mangga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jadi pastikan kuantiti yang diberikan sekadar memadai untuk mereka belajar mengunyah. Sesetengah bayi mengalami alergik pada buah mangga yang mungkin berpunca daripada getah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Beri bayi anda dalam kuantiti yang sedikit untuk memastikan jika berlaku sebarang alahan kepada bayi. Buah mangga kaya dengan beta karotena yang mana ianya sangat baik untuk penglihatan mata yang jelas terutama pada waktu malam.

4. Anggur

Buah anggur tidak memberikan kesan alergi kepada bayi. Namun anda perlu berhati-hati memberinya kepada bayi kerana bentuknya yang bulat dan kecil boleh menyebabkan bayi tercekik. Namun jangan takut memberikan mereka mengunyah buah anggur selagi berada di bawah pengawasan anda. Sama ada buah anggur hijau, hitam dan ungu, kesemua anggur baik untuk bayi. Pilihlah anggur tanpa biji dan kupas kulit nipis di bahagian luar dengan memberikan isikan sahaja ke dalam mulut bayi. Antara kandungan vitamin utamanya ialah riboflavin dan tiamina. Ia mencegah penyumbatan pada salur darah dan menyihatkan jantung.

5. Kiwi

Kiwi dikategorikan sebagai buah beri di bawah genus Actinidia. Seawal usia 10 bulan anda sudah boleh memberikan bayi anda menikmati kesegaran buah kiwi. Kiwi baik untuk bayi namun kawal kuantitinya kerana kiwi agak berasid. Bayi berusia di bawah 8 bulan tidak sesuai menikmati kiwi. Perlukah membuang biji kiwi? Jawapannya tidak kerana biji kiwi teramat kecil dan terlalu lembut yang tidak akan menyebabkan bayi tercekik. Anda boleh memberi potongan kiwi begitu sahaja atau dilenyek menjadi puri. 100 gram kiwi hijau dapat membekalkan tenaga sebanyak 255kJ. Ia mengandungi gula yang agak tinggi. Jadi anda perlu mengawal kuantiti yang diberikan kepada bayi. Selain itu, ia diperkaya dengan unsur fiber serta lain-lain vitamin seperti C, E dan K.

6. Betik

Usia antara 6 sehingga 8 bulan adalah waktu terbaik memberikan bayi anda menikmati potongan betik yang manis dan lembut. Sesuai untuk kunyahan gusi mereka yang lembut. Ia adalah pilihan buah tropika yang mesti dinikmati oleh bayi di Asia Tenggara. Kandungan potasiumnya adalah tinggi dan kaya juga dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan K. Anda boleh memberi potongan untuk bayi belajar mengunyah atau lenyek dalam struktur hancur supaya lebih mudah untuk bayi menelan dan menghadam.

7. Aprikot

Aprikot tinggi dengan kandungan beta-karotena, vitamin C dan Lycopene. Lycopene adalah bahan antioksida daripada famili beta-karotena juga. Anda boleh memberikan aprikot kering yang bebas dari kandungan sulfur seperti sulfur dioksida kepada bayi. Untuk memastikan kesegaran aprikot, simpan ia dalam peti sejuk. Masyarakat Cina menggunakan aprikot sebagai salah satu buah tradisional dalam perubatan Cina. Bagi masyarkat Araba pula, buah aprikot kering popular ketika di bulan Ramadan.

8. Avokado

Avokado kaya dengan bahan Omega-3 dan Omega-6. Masyarakat barat memberikan buah avokado seawal bayi mereka berusia 4 sehingga 6 bulan. Satu perkara yang anda perlu tahu tentang avokado ialah ia mengandungi kandungan lemak iaitu kira-kira 15 gram bagi setiap 100 gram avokado. Namun begitu anda tidak perlu risau memberikannya kepada bayi kerana bayi yang sedang membesar juga memerlukan unsur lemak dalam badan yang mana baik untuk perlindungan badan daripada kesejukan. Sebenarnya lemak juga amat membantu untuk perkembangan minda kanak-kanak.

9. Buah Labu

Buah labu juga amat digemari oleh masyarakat barat tidak mengira umur. Labu untuk bayi boleh disediakan dalam bentuk puri. Penyediaanya cukup mudah iaitu dengan cara merebus dan kemudian mengisar labu sehingga hancur sebelum diberikan kepada bayi. Timbul perdebatan sama ada labu dikategorikan sebagai buah atau sayur. Walau apapun kategorinya, ia sesuai untuk dicampur dalam masakan dan dimakan begitu sahaja. Labu kaya dengan beta-karotena, vitamin A dan vitamin C. Dalam sebiji labu mengandungi kira-kira 92% kandungan air. Anda boleh mencampur labu yang telah dikisar dalam bijirin atau yogurt untuk bayi anda.

10. Strawberi

Tekstur buah strawberi mungkin agak keras untuk dikunyah bayi yang masih belum tumbuh gigi. Namun ia sesuai untuk dihisap. Paling terbaik ialah menyediakan dalam bentuk puri. Caranya cukup mudah iaitu mengisar menggunakan blender dan dicampur sedikir air dan susu formula. Buah strawberi sebagai sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit bayi dan bermanfaat untuk kesihatan bayi. Sesetengah daripada kalangan kita termasuk bayi alergi terhadap strawberi. Alergi ini dipanggil Anaphylaxis. Ia berbahaya dengan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam kegatalan, bengkak lidah dan kerongkong, sesak nafas, muntah-muntah, sakit kepala dan tekanan darah rendah. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan maut. Anda harus lebih berhati-hati memberikan strawberi kepada bayi.


Artikel Pilihan :

10 Idea Puri Berkhasiat Daripada Buah & Sayur Untuk Bayi Anda

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan