Dunia Herbs Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot

Product Details

Kegunaan Gaya Hidup Aktif
Sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif setiap hari, Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot boleh disapu nipis pada tempat-tempat bermasalah seperti perut, lengan, pinggul, peha dan lain-lain kawasan yang dirasakan sesuai kecuali kawasan luka. Kesan panas dari sapuan losyen tersebut tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna semasa melakukan aktiviti seharian.

Telah menjadi identiti Losyen keluaran syarikat Dunia Herbs, Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot juga tidak melekit dan cepat menyerap tanpa meninggalkan kesan minyak. Sesuai dengan nama yang diberi, losyen ini lebih panas dari Losyen Mustajab Pati Halia (Losyen Kuning) dan amat sesuai untuk untuk pengguna yang inginkan kesan yang lebih hangat.

Rumusan Khas Yang Berkualiti
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot dirumuskan khas dengan ekstrak halia yang lebih tinggi. Khasiat halia yang pelbagai sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus seperti menyingkir angin dari badan dan mengempiskan perut.

Cara Penggunaan

Picit sedikit losyen ditangan dan sapukan pada bahagian bermasalah seperti bahagian perut, lengan, peha serta pinggul selepas mandi dan sebelum tidur secara konsisten ditambah pula dengan sedikit urutan. Urutan seperti yang diketahui umum membantu aliran darah agar berjalan lebih lancar. Pemakaian korset atau bengkung selepas menyapu losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot juga amatlah digalakkan. Untuk sapuan dibahagian perut, pengguna boleh membuat urutan secara pusingan seperti jam sebelum mengenakan bengkung atau korset.

Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna. Khasiat halia yang dipercayai sejak turun temurun kini lebih mudah digunakan dengan adanya Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot.

  1. CikSue38
    819 reviews

    Memang panas

    5 out of 5, reviewed on July 4, 2019

    Sesuai dengan nama Mustajab Extra Hot, krim ni bila sapu beberapa ketika kemudian memang akan mula terasa panas. Saya sapu pada perut ketika rasa cramp pada perut atau sewaktu senggugut. Kalau pada kaki saya sapu bila terkena simpul biawak. Memang berkesan. Bau krim ni pun menyegarkan. Mula2 sapu krim pada kulit akan rasa sejuk2 kemudian baru datang rasa panas tu. Cepat meresap dan tak melekit. Extra hot ni memang lebih kaw panas dia. Jangan main2. Org yang tak tahan panas sangat better pilih varian yg mild je.

    5
  2. wawan43
    1 reviews

    Minyak pelbagai guna

    5 out of 5, reviewed on November 12, 2018

    losyen minyak panas yang boleh digunakan untuk pelbagai masalah. Masalah kembung perut, masalah sakit badan dan masalah yang lain. boleh juga dgunakan utk isteri yg berpantang selepas melahirkan ank. mudah disapu dan tidak meninggalkan kesan minyak selepas disapu. suami isteri boleh pakai.

    5
  3. nasruddin1669
    5 reviews

    Produk terbaik!

    4 out of 5, reviewed on September 26, 2018

    Saya berpuas hati dengan hasilnya. Perut saya nampak semakin langsing selepas menggunakannya. Saya amat recommend sangat produk ini

    4
  4. Missfiza65
    11 reviews

    Slim

    5 out of 5, reviewed on July 16, 2018

    Losyen mustajab yg ini dapat membantu untuk mengempikan perut dan peha ..bg sesiapa yg ingin langsing , boleh cuba losyen ini .. gunakan 2 atau 3 kali sehari , sapu di perut dan peha .. after that pakai bengkung .. mmg best mmg extra hot .. mcm nk nangis pkai

    5
  5. hazzmal98
    12 reviews

    Hot..warm..hot..warm

    3 out of 5, reviewed on May 2, 2018

    I’m currently using this product whenever I’m having peruod. The warm feeling makes me confortable and tends to fast asleep at night. I’m not sure whether this product can make my tummy flatten as I didn’t see the effect or might be I didn’t notice it at all ?

    3
  6. Nanamalek68
    7 reviews

    Makan banyak pun leh maintain

    5 out of 5, reviewed on April 17, 2018

    Saya sangat gemar menggunakan produk ini setiap hari dengan kuantiti yg sedikit dan nipis kesannya saya dapat mengekalkan bentuk tubuh badan seperti yang dikehendaki walaupun makan dengan banyak apa yang saya buat sapu di perut peha lengan dan kawasan yang saya perlu kekalkan..

    5
  7. CikSue38
    819 reviews

    Losyen pati halia mustajab extra hot

    5 out of 5, reviewed on October 24, 2017

    Saya seorang yg tidak sukakan bau minyak2 urut sebenarnya. Cepat berasa pening. Mula2 agak ragu2 utk menggunakan losyen pati halia mustajab extra hot ni. Ntah mcm mana saya tergerak nk cuba jadi saya beli dan guna semasa perut saya meragam. Sakit yang amat sangat. Mula2 sapu relax je mcm sapu losyen biasa. Lama2 pedas menyengat hangat2 mula beraksi. Dalam waktu yg x berapa lama je lepas tu lega sbb da okeh. Senggugut pn saya sapu losyen ni. Sangat membantu melegakan ketidak selesaan. Yg paling best bila kaki cramp saya sapu juga dgn losyen ni. Alhamdulillah cramp pn berkurangan. Selepas tu mmg sy sentiasa beli losyen ni buat stok kt rumah. Adik sy pn tumpang sekaki guna. Sengal2 sendi pn berkesan sapu losyen ni. Losyen ni tidak.melekit bila disapu pada kulit dan bau aroma tidak menyengat dan smooth je baunya. Senang je hanya picit dan sapu pelan2 pada tempat yg diingini. Senang nk angkut bawa p mana2. Harga pn berpatutan. Dalam tube yg selamat kerana sepanjang penggunaan sy belum pernah lagi losyen ni tumpah2.

    5
  8. AieenDeen28
    899 reviews

    Kehangatan berpanjangan

    4 out of 5, reviewed on August 26, 2017

    Sy guna lotion ni slpas mlahirkan ank untuk singkirkn angin dari badan dan mengempiskan perut yg buncit.Sangt suka dgn teksturnya yg cpt meresap & x meninggalkn kesan berminyk.Paling best kesan panas dari sapuan losyen ini tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan & memberi kehangatan brpnjangan menambahkan keselesaan pada sy semasa melakukan aktiviti seharian.

    4
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan