Pasangan yang telah berkahwin lebih dari satu tahun dan belum dikurniakan cahaya mata mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu mereka lakukan agar cepat hamil.

Ada yang telah berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat malah ada juga yang menjalani ujian kesuburan dan rawatan yang perlu untuk membolehkan mereka segera hamil. In Vitro-fertilisation atau IVF juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji adalah salah satu usaha yang boleh dibuat bagi pasangan yang belum memperoleh anak. Ia adalah rawatan fertiliti di mana telur disenyawakan dengan sperma di dalam tabung uji.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum IVF?

Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility) dari KL Fertility Centre selalunya akan menasihati pesakit agar membuat persediaan 2-3 bulan sebelum menjalani rawatan IVF.

Ini adalah untuk memastikan agar rawatan IVF mereka mendapat kejayaan yang tinggi. Persediaan untuk IVF seumpama kita membuat persediaan untuk sebarang peperiksaan di sekolah atau universiti dahulu. Persediaan yang elok sebelum peperiksaan selalunya akan memberikan keputusan peperiksaan yang lebih bagus. Begitu jualah dengan rawatan IVF, walaupun IVF mempunyai kejayaan yang agak tinggi, ramai pasangan yang bertanggapan bahawa IVF adalah ‘magic bullet’ untuk hamil.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan IVF:

  • Umur pasangan wanita
  • Kualiti telur wanita
  • Kuantiti telur wanita
  • Sperma lelaki
  • Kualiti embrio yang terhasil
  • Rahim untuk implantasi embrio

Tips untuk memastikan rawatan IVF anda berjayaUntuk memastikan penghasilan embrio yang elok, kita memerlukan telur dan sperma yang berkualiti. Berikut merupakan vitamin dan suplemen yang perlu diambil untuk memastikan telur dan sperma yang terhasil berkualiti elok.

  1. Asid folik- Vitamin folik asid adalah sejenis vitamin B9 yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah dan DNA. Oleh itu, untuk memastikan pembentukan embrio yang elok dan sperma yang berkualiti, sekurang-kurangnya 400mcg asid folik diperlukan. Asid folik juga boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda sehingga 60-70%.
  2. Multivitamin- Kekurangan zat-zat dan mineral boleh juga menyebabkan tahap kesihatan anda terjejas. Ini termasuklah juga kualiti telur dan sperma. Dos yang diperlukan ialah satu multivitamin setiap hari.
  3. Minyak ikan omega-3- Omega-3 fatty acid mengandungi DHA (Docosahexaenoic acid) & EPA (Eicosapentaenoic acid) yang penting untuk regulasi kestabilan paras hormon dalam badan, mengurangkan infl amasi terutamanya di bahagian pelvis wanita, menambahkan pengaliran darah kepada bahagian rahim agar lapisan dinding rahim elok terbentuk, memperbaiki kitaran haid, mendapatkan lendiran serviks yang lebih baik semasa waktu subur, dan menghasilkan kualiti sperma yang lebih elok.
  4. Coenzyme Q 10- Adalah sejenis antioksidan yang penting untuk memastikan kualiti telur dan sperma adalah tinggi. Dos yang disarankan adalah antara 100-300mg setiap hari.

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility) dari KL Fertility Centre. Beliau aktif menulis dan berkongsi informasi di blognya, www.drnatashanorfertility.com.

Pilihan Editor:

Appeton Essential Folic Acid 400mcg

 

PRISTIN® Concentrated Omega-3 Fish Oil

Bion 3 Probiotic Multivitamin Minerals