HomeBlogSos Dan Pes Thai Yang Wajib Ada Untuk Jadikan Masakan Anda Lebih Sedap

Sos Dan Pes Thai Yang Wajib Ada Untuk Jadikan Masakan Anda Lebih Sedap

Sebut sahaja makanan Thai pasti sudah terbayang akan kehebatan dan keenakan makanan goreng mereka yang panas-panas bukan? Bau aromanya sahaja sudah boleh membuatkan anda terliur. Masakan Thai bukan hanya terkenal dengan tomyam pedas, malah ada banyak lagi masakan Thai lain yang popular tetapi tidak diketahui umum. Makanan Thai cenderung menggunakan bahan mentah berasaskan cili dan gabungan beberapa cili lain. Inilah yang memberikan rasa unik pada masakan mereka.

Pasti anda tahu bukan bahawa masakan Thai juga adalah antara makanan yang paling banyak menghasilkan pes dan sos mereka sendiri. Kebanyakkan sos dan pes yang boleh didapati di pasar raya adalah berasal dari Thailand seperti pes tomyam dan pes kari hijau, pes kari merah dan bermacam lagi. Berikut adalah kesemua jenis pes dan sos yang anda perlu tahu jika mahu memasak makanan Thai.

Pes Kari Hijau

Pes kari hijau memang menjadi bahan wajib untuk menjadikan beberapa jenis kari terutama kari hijau. Pes ini diasaskan daripada cili hijau dan digabungkan bersama bahan mentah lain seperti serai, lengkuas, halia, daun ketumbar, belacan serta gabungan bawang merah dan juga bawang putih bersama sedikit daun limau purut.

Pes Kari Merah

Sama sahaja seperti pes kari hijau, pes kari merah juga diilhamkan daripada cili. Tetapi ianya adalah gabungan beberapa bahan seperti serbuk kari, cili merah, cili kering, serai, bawang merah, bawang putih, belacan, halia dan juga lengkuas. Antara masakan yang boleh menggunakan pes ini adalah nangka masak kari, ayam masak kari dan sebagainya.

Pes tomyam segera

Satu pes yang cukup popular. Bahan ramuannya terdiri daripada campuran cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, udang kering, jus limau dan sedikit minyak sayuran. Anda hanya perlu campurkan sahaja air beserta campuran makanan laut dan bairkan mendidih.

Pes cili Thai

Pes cili ini dihasilkan daripada gabungan cili kering, minyak sayuran, udang kering, bawang merah, bawang putih, air asam jawa serta garam dan gula. Pes cili Thai ini digunakan dalam pelbagai aneka masakan Thai seperti untuk masakan tumis dan sebagainya.

Pes pemerap ayam Thai (Mae-Pranom)

Pes yang khusus membantu dalam proses pemerapan ayam seperti penyediaan ayam panggang dan sebagainya. Bahan ramuan terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering, stok ikan serta lada hitam. Perapkan ayam bersama pes ini selama dua jam dan sedia untuk dipanggang.

Sos ikan

Sos ikan pula adalah sebagai penambah rasa kepada sesuatu masakan. Ianya amat sesuai untuk masakan nasi goreng , mi goreng dan juga tomyam. Sos ikan diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Harga sos ikan bergantung pada saiz dan jenis ikan yang digunakan juga, lebih besar ikan yang digunakan, lebih mahal harganya.

Gunakan Sos Ikan Thai jenama Knife untuk menambah kelazatan pada masakan

Sos ikan keluaran Knife ini sememangnya dijamin halal dan mudah untuk dibeli. Bagi mereka yang tercari-cari sos ikan Thai yang halal, inilah pilihan yang terbaik tanpa ragu-ragu lagi. Dengan sos ikan Thai ini, anda boleh memasak masakan asli Thai. Satu sos ikan Thai yang berkualiti tinggi dan menggunakan ikan bilis yang bermutu tinggi.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan