HomeBlogPentingkah Ibu Berurut Selepas Bersalin? Ketahui Apa Kelebihannya

Pentingkah Ibu Berurut Selepas Bersalin? Ketahui Apa Kelebihannya

Ibu bapa baru yang bakal memasuki alam keibuan pasti berasa buntu apakah persiapan yang perlu dilakukan bukan? Tambahan lagi jika ini merupakan anak pertama anda dan tanpa bantuan dan panduan dari orang tua, ianya sukar untuk ditempuhi. Kebiasaannya, ibu selepas bersalin akan berurut dengan tukang urut tradisional kerana mengikut nasihat orang dahulu, ianya baik untuk tubuh badan dan mengembalikan ketegangan dan sengal pada tubuh ibu.

Oleh itu, adakah ianya perlu untuk berurut selepas bersalin? Urutan bagaimanakah yang terbaik buat si ibu? Ketahui bahawa pilihan tukang urut juga memainkan peranan penting bagi memastikan cara urutan yang betul dan tidak mendatangkan kemudaratan pada tubuh si ibu. Lihat 6 kelebihan berurut selepas bersalin seperti yang dikongsikan di bawah ini:

1. Memperbaiki perjalanan darah

Proses mengurut selepas bersalin membabitkan urutan di seluruh tubuh badan dan diberikan penekanan pada bahagian rahim si ibu. Tekanan yang diberikan pada bahagian badan ibu akan memperbaiki perjalanan darah dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu membuang angin dalam badan agar ibu berasa ringan dan bertenaga.

Tahukah anda bahawa teknik urutan yang betul boleh membantu mengeluarkan darah beku yang terperangkap di celah-celah rahim ibu? Disebabkan itu lah, ianya penting untuk anda mencari tukang urut yang profesional.

2. Kurang rasa sakit badan 

Proses bersalin adalah satu tempoh yang memeritkan fizikal dan emosi seorang ibu. Kesemua daya sudah digunakan untuk melahirkan bayi. Proses bersalin ini membabitkan bahagian abdomen, belakang badan dan juga pinggang. Jadi, ianya amat penting untuk berurut selepas bersalin dan ianya termasuk dalam aktiviti berpantang yang perlu ibu ikuti dengan tertib.

Jangan lah terlampau berkira untuk mengeluarkan sedikit model untuk mengupah tukang urut tradisional untuk melegakan sengal-sengal badan anda. Ianya untuk keperluan anda di masa hadapan juga. Jika badan tidak diurut, anda akan berasa tidak selesa sewaktu menyusukan bayi.

3. Galakkan susu ibu 

Pertama kali menyusu pasti akan berasa sedikit sukar kerana kuantiti susu masih lagi sedikit. Oleh itu, berurut selepas bersalin akan membantu mengeluarkan susu dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan rasa pedih di bahagian payudara. Tukang urut membantu melembutkan urat yang tegang di sekitar payudara dan akan menyebabkan tubuh berasa lebih nyaman, selesa, tenang dan juga kurang tekanan.

4. Memanjakan diri

Urutan selepas bersalin adalah peluang terbaik untuk ibu memanjakan diri. Bayangkan seharian menguruskan bayi kecil dengan keadaan tubuh yang masih sakit dan sengal, tenaga yang hilang dan berasa lesu, berurut lah satu masa yang terbaik untuk anda memanjakan diri walaupun untuk seketika. Selepas berurut, anda akan berasa selesa, segar dan tenaga bertambah untuk berjaga menyusukan bayi di waktu lewat malam.

5. Bentuk tubuh kembali asal

Berurut selepas bersalin amat membantu mengembalikan tubuh badan ke bentuk yang asal. Benar, ianya mengambil masa untuk mengembalikan tubuh badan ke bentuk yang asal, tetapi berurut mempercepatkan proses tersebut dengan mengeluarkan angin dalam badan dan memecahkan lemak. Anda akan terasa sakit sewaktu tukang urut menekan-nekan di bahagian lemak yang terkumpul. Tarik nafas dan tahan sakit buat seketika.

6. Mengurangkan tekanan selepas bersalin

Pernah dengar isu atau kes dimana ibu yang baru bersalin mengalami tekanan? Ibu akan berasa lebih sensitif sewaktu tempoh lepas bersalin dan perkara kecil pun boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan. Disebabkan itulah perlunya bantuan dan sokongan dari para suami dalam menguruskan anak kecil. Jangan biarkan si ibu menguruskan segalanya dalam keadaan dia masih lemah.

Berurut dan sentuhan lembut akan menyebabkan ibu berasa nyaman dan ditambah pula dengan bauan aroma terapi yang digunakan. Ianya akan membantu deria untuk rasa lebih tenang dan segar. Diselangi dengan muzik sentimental, pasti ibu akan rasa terbuai-buai dan lari sebentar dari kekacauan bayi menangis.

Jika anda mencari tempat post-natal untuk menjaga anda sepanjang tempoh berpantang, boleh semak senarai 10 lokasi post-natal di sekitar Selangor yang menyediakan khidmat lengkap.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan