HomeBlogMenjawab Isu Vaksin dari Kacamata Islam

Menjawab Isu Vaksin dari Kacamata Islam

Segelintir ibu bapa masa kini enggan memberikan vaksin kepada anak mereka ekoran timbulnya desas-desus tentang keburukan vaksin. Natijahnya, kanak-kanak terdedah kepada penyakit berjangkit dan merbahaya. Ketahui pemberian vaksin dari perspektif Islam bersama Dr Fahisham Taib.

Apa itu vaksin?

Vaksin – bahan yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberi pada kanak kanak atau orang dewasa untuk merangsang imuniti dan mengelakkan penyakit berjangkit.

Imunisasi adalah proses meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit samada secara pasif atau aktif. Imunisasi pasif berlaku apabila manusia disuntikkan dengan antibodi yang tersedia untuk menghalang penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi aktif pula berlaku apabila badan manusia dirangsang untuk menghasilkan antibodi dengan pendedahan kepada vaksin atau agen penyakit berjangkit.

Dari segi Islam, vaksin adalah penting kerana Islam amat menitik beratkan tentang kesihatan dalam segenap aspek kehidupan. Menjaga nyawa adalah agenda yang kedua penting dalam Islam selepas menjaga akidah.

Mencegah lebih baik

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam kalangan orang Islam. Kebanyakan ulama berpandangan bahawa vaksinasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam.

  • Dari sudut negara contohnya, Arab Saudi mengenakan vaksin meningitis supaya jemaah haji tidak mendapat bakteria meningitis yang membunuh jemaah saban tahun.
  • Dari sudut masyarakat, vaksin dilihat memberi perlindungan bukan sahaja kepada anak-anak tetapi kepada orang dewasa juga. Contoh virus rubella yang boleh menyebabkan masalah ‘congenital rubella syndrome’ kepada bayi yang lahir, dengan suntikan vaksin kepada orang dewasa ianya sekaligus mencegah perpindahan virus kepada ibu mengandung.
  • Dari sudut individu, vaksin berfungsi melawan penyakit berjangkit supaya generasi yang ada lebih kuat berdaya tahan melawan penyakit berjangkit serta tidak mendapat kesan sampingan akibat wabak tersebut.

Vaksin tidak menjadi penyebab autisme. Konsep autisme datang apabila laporan kajian yang dibuat oleh Dr Andrew Wakefield – seorang pakar bedah yang mengaitkan vaksin dengan autisme. Kekadang kita bingung apabila kaitan masalah autisme (di kepala) dikaitkan dengan ubatan atau vaksin yang diberikan kerana vaksin bertindak pada sistem imuniti. Target organ berbeza dan kita harus faham perbezaan patofisiologi dalam setiap penyakit yang tidak memungkinkan pertalian sistem imun dengan masalah psikiatri (autisme).

Sebab musabab mengapa autisme banyak didedahkan sekarang adalah berkait rapat dengan pendedahan masyarakat kepada ilmu baru, kriteria baru dalam diagnosis autism dan pemahaman ilmu tersebut.

Perkembangan ilmu perubatan seperti ilmu immunologi memberi banyak kefahaman dan penyelesaian kepada banyak kecelaruan di dalam masyarakat. Bahan-bahan seperti merkuri dan thimerisol, diguna dalam vaksin tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Penggunaan merkuri dalam diet harian dan suplemen adalah jauh melebihi daripada vaksin contohnya dalam ikan laut yang dimakan.

Etil merkuri yang masuk daripada vaksin adalah 2mcg/kg/week, tetapi dalam makanan harian total merkuri boleh mencecah 159mcg/kg/week. Saya agak pelik bila ramai mengatakan mereka tidak mahu mengambil vaksin; adakah ini kerana mereka terpengaruh dengan Dr Wakefield yang mana beliau telah dibuang oleh General Medical Council (UK) atau mereka tidak percaya kepada doktor muslim yang merawat dan mempunyai pengalaman menolong kanak kanak yang mengidap penyakit berjangkit.

Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan atau adverse effects?

Ya, memang benar vaksin ada kesan sampingan seperti masalah alahan atau neurologi. Jika kesan begini berlaku maka ia perlu dilaporkan segera kepada pihak farmakovigilan.

Jika benar kesan sampingan vaksin yang tinggi dan berlaku mortaliti atau morbiditi secara statistik, sewajarnya vaksin tidak diberikan atau diharamkan pada populasi. Ini tidak berlaku di Malaysia atau di dunia sekalipun.

Konsep qada’ qadar perlu disemai kepada masyarakat Islam amnya – iaitu mempercayai kita perlu berusaha untuk pencegahan penyakit secara spesifik dan Allah menentukan kejayaannya. Doktor biasanya mempunyai indikasi tertentu sama ada vaksin boleh diberi atau dihentikan. Pesakit perlu letakkan konsep tawakkal pada Allah SWT dalam segala perbuatan harian.

Kita perlu timbang kebaikan dan keburukan vaksin. Jika kebaikan melebihi keburukan, usaha murni begini adalah usaha untuk memastikan anak-anak dan generasi kita selamat.

Islam adalah agama yang praktikal dan mudah. Jika kita meletakkan hukum haram ke atas benda yang harus adalah seperti kita meletakkan umpama air yang boleh diminum dianggap sebagai arak. Dalam pada itu, jika kita berdepan dengan percanggahan hukum, kita mesti melihat kelebihan dari aspek maqasid syariah, uruf masyarakat dan maslahat masyarakat serta panduan praktikal daripada ilmuan Islam dan pakar pakar perubatan.

Sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk memilih sama ada ingin memberi vaksin atau tidak kepada anak-anak kerana keputusan ibu bapa mencerminkan usaha murni untuk mencegah anak-anak dan generasi akan datang daripada penyakit berjangkit.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan