Sudah menjumpai rumah idaman anda? Atau bercadang untuk berpindah ke rumah sewa baharu? Sebelum anda membawa masuk kesemua perabot rumah, perkara pertama sekali yang perlu anda ambil kira ialah kipas siling. Ianya adalah pilihan yang lebih murah berbanding dengan penghawa dingin.
Ramai yang mengambil langkah mudah dalam pemilihan kipas siling dan terus membeli kipas yang paling murah untuk menjimatkan wang. Anda terlupa untuk menyemak beberapa perkara untuk memastikan kipas siling pilihan anda adalah yang terbaik. Tiada gunanya memilih kipas paling murah tetapi ianya tidak dapat menghasilkan udara untuk keseluruhan ruang rumah anda. Jadi macam mana nak pilih kipas siling terbaik? Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ambil kira:
Table of Contents
Penggunaan kuasa
Pertama sekali yang perlu anda ambil kira adalah penggunaan kuasa kipas tersebut. Power consumption mestilah rendah agar penggunaan elektrik yang minima. Ianya mudah untuk anda semak, hanya lihat pada tenaga (Watt) yang digunakan pada diskripsi kipas. Lagi rendah Watt penggunan lagi bagus pilihan kipas tersebut.
Jumlah aliran udara
Semak juga jumlah aliran udara yang mampu dihasilkan oleh kipas tersebut. Jumlah aliran udara dikira dengan penggunaan unit yang dikenali sebagai CFM (cubic feet per minute) yang memberikan ukuran berapa isipadu yang mengalir dalam seminit. Ini dapat membantu anda melakukan pilihan yang bijak berdasarkan saiz ruang agar udara boleh memenuhi keseluruh ruang.
Apabila anda mempunyai kedua-dua maklumat, anda boleh kira kadar kecekapan tenaga kipas tersebut. Kipas yang terbaik adalah kipas yang menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan menggunakan tenaga yang sedikit.
Rekaan kipas
Rekaan kipas juga mempengaruhi tahap efisiensi kipas. Kipas terbaik kebiasaannya mempunyai reka bentuk yang sederhana dan bilah kipasnya juga minimal. Anda tidak perlu untuk membeli kipas yang mempunyai rekaan moden dan unik kerana ianya hanya untuk nilai estetik tetapi bukan pada kegunaannya.
Jadi yang manakah kipas siling yang terbaik buat rumah anda? Berikut adalah senarai kipas siling yang terbaik yang boleh anda lihat ulasan di 100Comments.
Kipas Siling KDK K15V0
Kipas siling jenama KDK adalah pilihan yang paling disukai ramai kerana harganya yang berbaloi dan juga rekaannya yang biasa. Kipas siling KDK adalah satu pilihan yang terbaik jika anda baru berpindah ke rumah sewa kerana ianya satu perbelanjaan yang tidak merugikan.
Kipas siling KDK mempunyai bilah kipas yang lebar untuk menghasilkan angin yang maksima dan juga pada tahap tenaga yang minima. Ianya dilengkapi dengan “cut-off safety device” serta “safety plate” untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Kipas Siling Bayu Panasonic 5 Bilah
Kipas siling daripada Panasonic ini dilengkapi dengan tambahan suis “cut-off safety” dan juga turut ditambah dengan “cut-off safety device” serta “blade safety” untuk keselamatan. Kipas Siling Bayu Panasonic 5 Bilah ini direkakan khas untuk menghasilkan angin yang kuat dengan mudah dan senang. Kipas ini juga turut dilengkapi dengan alat kawaln jauh dengan fungsi 1,3, 6 jam pemasa (timer), fungsi kawalan kelajuan serta sleep mode.
Didatangkan dalam warna hitam, ianya satu pilihan kipas siling yang moden dan amat sesuai untuk ruang yang besar kerana kuantiti bilahnya boleh menghasilkan angin yang kuat.
Kipas Siling Kawalan Jauh Sensa KDK
Kipas Siling Kawalan Jauh Sensa KDK menggunakan DC (Direct Current) untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Rekaannya yang moden dengan paip yang rendah amat sesuai sekali buat ruang yang mempunyai siling yang rendah. Ianya didatangi dengan 9 tahap kelajuan yang boleh dikawal, 2-8 jam sleep mode, serta timer 1-8 jam. Kipas ini mempunyai 5 bilah kipas dan juga terdapat sensor untuk menyukat suhu keliling agar udara yang dihasilakn dapat menurunkan suhu dengan jayanya.
Tambahan lagi, kipas jenama KDK ini mempunyai alat kawalan jauh dengan skrin LCD yang cukup moden dan sesuai buat rumah dengan rekaan dalaman yang moden. Mempunyai “cut-off safety device” serta “blade safety plate” untuk tujuan keselamatan.
Kipas Siling Milux MCF-C102 GM
Jika anda mencari kipas siling yang berwaran hitam bersinar yang juga boleh menjadi salah satu tambahan perhiasaan buat ruang anda, maka kipas siling dari Milux ini adalah pilihan yang terbaik. Ianya didatangi dengan rekaan yang minima dan bersahaja tetapi mampu memukau anda dengan warnanya. Ianya dilengkapi dengan motor yang berkuasa tinggi serta “extra safety cable” untuk tujuan keselamatan. Dilengkapi dengan alat kawalan jauh dengan 3 tahap kelajuan serta fungsi pemasa (timer).
Kipas Siling Milux MCF-E136
Ianya sedikit berlainan dengan model Milux MCF-C102 kerana model rekaan ini didatangi dengan warna hitam mate yang lebih sophisticated. Rekaan 5 bilah juga mampu untuk menghasilkan angin yang kuat untuk memenuhi keseluruhan ruang. Ianya juga didatangi dengan lampu di bahagian tengah. Satu pelaburan yang bagus dan menjimatkan. Tidak perlu lagi untuk membeli lampu dna kipas secara berasingan kerana Kipas Siling Milux MCF-E136 sudah cukup.
Kipas Siling KDK V Touch K15Y2-CO
Kipas Siling KDK V Touch yang boleh mendamaikan dan menenangkan anda kerana ianya mempunyai ritma yang seakan di alam semulajadi. Rekaan bilahnya yang moden dan 3D Aero Curve memastikan angin dihasilakn kuat dan dengan tenang tanpa bunyian asing. Setiap bilah itu diperbuat daripada tembaga untuk tahan lebih lama. Ianya didatangi dengan alat kawalan jauh dengan fungsi tahap kelajuan sehingga 5, 3-6 jam sleep mode serta 1-6 jam pemasa (timer).
Kipas Siling Pensonic PCF-60B
Kipas siling Pensonic mempunyai rekaan yang sederhana tetapi tetap menghasilkan angin yang maksima dan kuat. Motor kipas ini diperbuat daripada tembaga asli untuk memastikan ianya tahan lebih lama dan tidka berkarat. Didatangi dengan kawalan kelajuan bilah sehingga 5 tahap. Penggunaan kuasanya juga amat rendah iaitu 85Watt yang mana merupakan satu pilihan yang terbaik dan menjimatkan penggunaan tenaga.