Kegunaan bedak pada bayi bukan sesuatu yang asing lagi. Bedak antiseptik sudah berada di pasaran sejak berpuluh tahun lagi dan menjadi pilihan ibu-ibu sebagai satu keperluan harian untuk bayi. Terdapat pelbagai jenama bedak antispetik yang boleh didapati di pasaran sebagai contoh yang paling popular sejak dahulu lagi adalah bedak Agnesia. Tetapi tahukah anda kegunaan bedak antiseptik? Secara umumnya, bedak antiseptik mengandungi 74% talcum, 25% Zinc Oxide, beserta Chlorhexidine. Zinc Oxide adalah formula yang membantu merawat dengan cepat apa-apa masalah berkaitan kulit, khususnya kulit bayi.

Kulit bayi amat sensitif dan lembut dan senang untuk mengalami kerengsaan dengan penggunaan bahan kimia. Bedak antiseptik ini bertindak sebagai bedak untuk tujuan perubatan yang lembut dan tidak menyakitkan kulit bayi yang lembut. Para ibu, adakah anda tahu kegunaan lengkap bedak antiseptik ini? Berikut adalah kegunaan bedak antiseptik:

1. Menyejukkan badan

Bedak antiseptik adalah bedak yang memberi sensasi dingin pada tubuh badan. Kebiasaannya, para ibu menggunakan bedak ini pada badan bayi selepas selesai mandi untuk keselesaan berpanjangan. Bedak antiseptik bukan hanya khusus pada bayi tetapi juga buat kanak-kanak malah orang dewasa. Ianya menyejukkan badan dan mengekalkan kedinginan serta keselesaan sepanjang hari. Baunya yang tidak terlalu wangi juga amat berpadanan buat kulit bayi. Baunya tidak terlalu kuat dan selesa untuk dipakai. Pastikan badan telah dikeringkan dahulu sebelum memakai bedak ini.

2. Mengelakkan ruam lampin

Ruam pada badan bayi terutama sekali di kawasan lampin adalah satu kondisi yang amat digeruni sekali. Ruam yang kemerah-merahan akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan mengganggu mereka. Ruam senang berlaku di bahagian lampin, pelipat tangan, kaki, tengkuk dan mana-mana kawasan yang lembap dan tidak terdedah pada udara. Kawasan-kawasan ini senang untuk mengumpul peluh dan kemudiannya menghasilkan ruam. Ruam berwarna kemerah-merahan, menyebabkan kegatalan dan boleh menjurus kepada kondisi serius dan luka pada kulit. Penggunaan bedak antiseptik mampu mengelakkan keadaan ini daripada berlaku akiba alahan pada lampin.

3. Melambatkan pertumbuhan bakteria

Namanya sendiri meneranagkan fungsi sebenar bedak antiseptik. Apa yang menyebabkan bedak ini berbeza daripada bedak-bedak lain yang terdapat di pasaran. Bedak ini mampu melambatkan pertumbuhan bakteria serta boleh membunuh bakteria dengan berkesan. Ianya adalah untuk kegunaan luaran semata-mata dan ditegah sama sekali untuk digunakan pada kulit yang mempunyai luka yang dalam. Jika bayi anda mempunyai sebarang alahan, dinasihatkan untuk meminta nasihat pakar atau doktor sebelum digunakan. Pertumbuhan bakteria boleh menjurus kepada pelbagai masalah kulit yang teruk untuk jangka masa panjang. Untuk orang dewasa, bedak antiseptik boleh digunakan pada kaki sebelum melalukan sebarang aktiviti luar yang membuatkan anda berpeluh seperti bermain bola, berlari dan sebagainya. Ianya boleh membantu menjaga kaki serta membuatkan anda berasa selesa.

4. Menghilangkan bau badan

Bau badan adalah sesuatu perkara normal dan sering dialami oleh orang ramai terutama sekali golongan lelaki kerana mereka mengeluarkan peluh yang lebih banyak. Peluh mempunyai bau yang agak tidak menyenangkan dan mengakibatkan orang disekeliling tidak berasa selesa. Bau badan juga berkait rapat dengan kebersihan diri. Untuk yang sering atau cepat berpeluh, ianya amat penting untuk memastikan bau badan dapat dicegah. Penggunaan deodorant boleh mengatasi bau badan tetapi ada satu kaedah yang boleh digunapakai iaitu penggunaan bedak antiseptik. Sapukan pada badan, di pelipat badan selepas mandi. Bedak ini mampu menangkap peluh agar badan anda tidak berbau.

Lihat artikel berkaitan 7 Bedak Antiseptik Untuk kegunaan Keluarga Anda.

Jenis-jenis penyakit kulit pada bayi

Kulit bayi amatlah sensitif dan berbeza daripada kulit orang dewasa. Oleh itu, penjagaan rapi perlulah dilakukan agar kulit mereka sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit kulit. Berikut adalah beberapa contoh penyakit kulit yang sering dialami oleh bayi:

Milia

Pernah tidak anda perasan benjolan-benjolan putih kecil ayng terhasil pada kulit bayi terutama sekali di bahagian muka? Benjolan kecil tersebut digelar sebagai milia. Kebiasaannya, benjolan ini terdapat di bahagian dagu, hidung serta pipi. Milia terbentuk kerana sel-sel kulit mati terjebak di bawah permukaan kulit sehingga terbentuk benjolan kecil yang keras. Ianya tidak merbahaya sama sekali buat bayi, tetapi ianya akan menimbulkan gangguan pada bayi. Buat ibu-ibu yang mempunyai bayi, perhatikan wajah mereka jika terdapat milia.

Ruam

Keadaan yang panas amat tidak bersesuaian buat bayi. Peluh dan cuaca panas membuatkan bayi tidak selesa dan menjurus kepada ruam. Ruam adalah satu penyakit kulit yang paling kerap melanda bayi. Ruam adalah tompokan merah yang menyebabkan kegatalan, ketidakselesaan dan boleh menjadi luka yang pedih. Ruam menyebabkan bayi menggaru kulit mereka dan seterusnya menjadi pedih. Ruam terjadi apabila pemakaian lampin yang berterusan tanpa ditukar dengan yang baru. Keadaan lampin yang basah dan lembap tanpa terdedah pada udara merangkap bakteria dan seterusnya terhasillah ruam.

Heat rash

Heat rash sedikit berlainan daripada ruam. Heat rash terhasil apabila pori-pori kulit yang tersumbat sehingga menyebabkan peluh tidak dapat keluar dari pori-pori dengan secara sendiri. Pori yang tersumbat dengan peluh menyebabkan keradangan dan kemerah-merahan. Ianya ruam yang berbentuk bintik-bintik pada kulit berwaran merah dan menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Oleh itu, mereka akan menangis kerana berasa tidak selesa. Pastikan bayi anda sentiasa berada dalam kawasan yang selesa dan tidak terlalu panas.

Eczema

Secara umumnya eczema terjadi disebabkan oleh alergi pada makanan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh alergi pada debu, bulu haiwan dan lain-lain lagi. Ada juga yang mengatakan eczema terjadi disebabkan oleh keturunan serta antibodi yang lemah. Eczema terjadi dimana kulit akan menjadi kemerah-merahan, bersisik serta gatal yang melampau. Eczema boleh dirawat tetapi hanya untuk sementara. Ia akan berterusan berlaku disebabkan oleh alergi dan sebagainya. Lihat disini bedak antiseptik untuk kegunaan bayi di lawan web 100Comments.