HomeBlogKeberkesanan Pendidikan Awal

Keberkesanan Pendidikan Awal

Kenapa pendidikan awal penting kepada anak-anak?

Pertama, program pendidikan di prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak formal. Pendedahan diberi dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Kedua, pengalaman pembelajaran di prasekolah merupakan pengalaman pertama yang membawa kejayaan ke sekolah, universiti dan seterusnya dalam hidup seseorang. Fokus perlu diberikan kepada tahun-tahun pertama untuk mengenal pasti kebolehan dan keupayaan minda mereka.

Lima tahun pertama anak adalah masa yang kritikal untuk membentuk produktiviti di mana otak berkembang pesat untuk membina asas kognitif dan karakter untuk berjaya di alam persekolahan, kerjaya dan kehidupan. Pendidikan awal kanak-kanak memupuk kemahiran kognitif bersama-sama dengan perhatian, motivasi, kawalan kendiri dan suka bergaul.

Ketiga, prasekolah akan mengoptimumkan perkembangan kognitif, psikomotor, afektif dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira.

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti membolehkan mereka menjalani aktiviti yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Di prasekolah, aktiviti yang dirancang adalah berstruktur, alat permainan dan bahan bantu mengajar yang boleh merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Imam Al-Ghazali menitikberatkan bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain, kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Selain itu, bermain juga merupakan salah satu cara rehat kanak-kanak selepas penat belajar, sekali gus memberikan kegembiraan kepada mereka.

Pembelajaran yang bagaimana mampu mengoptimumkan perkembangankanak-kanak?

Antara perkara penting dalam mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak secara holistik adalah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif berasaskan prinsip-prinsip berikut:

Berasaskan minat murid
Kanak-kanak wajar diberi peluang untuk menentukan sendiri apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut. Bagi ruang kepada kanak-kanak menentukan sendiri mengikut minat mereka. Kanak-kanak akan berasa dirinya dihargai apabila pendapat dan pandangan diterima guru dan ibu bapa. Secara tidak langsung, keyakinan diri kanak-kanak akan menjadi lebih tinggi.

Berasaskan bahan dan aktiviti
Satu lagi prinsip dalam pembelajaran awal kanak-kanak ialah berasaskan bahan atau aktiviti. Bahan yang disediakan seharusnya lebih banyak dalam bentuk maujud atau konkrit. Saiz bahan yang dipilih harus bersesuaian dengan umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang lebih muda, maka bahan-bahannya lebih besar bersesuaian dengan tahap perkembangan motor halus yang belum begitu baik. Untuk kanak- kanak yang lebih dewasa, berikan objek yang lebih kecil dan lebih mencabar. Bahan juga harusnya berwarna-warni kerana kanak-kanak sukakan warna yang pelbagai. Objek-objek yang sebenar juga lebih mengujakan kanak-kanak berbanding menggunakan alat simulasi sahaja.

Belajar melalui deria
Satu elemen yang mesti menjadi pegangan guru dan ibu bapa ialah kanak-kanak belajar melalui derianya. Jadi, gunakan sepenuhnya deria kanak-kanak dalam pembelajaran mereka supaya mereka lebih seronok dan puas dalam aktiviti pembelajaran masing-masing.

Belajar melalui pengalaman
Belajar melalui pengalaman begitu penting bagi kanak-kanak. Pengalaman merasai kegagalan atau kejayaan dalam sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan misalnya membolehkan kanak-kanak ini lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Belajar melalui bermain
Konsep belajar melalui bermain sangat penting dan bermakna bagi kanak-kanak. Apa tidaknya, semasa mereka bermain mereka berpeluang mempelajari sesuatu. Bagi kanak-kanak, ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Malangnya, ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat.

Kepentingan belajar melalui bermain
Melalui bermain, kanak-kanak akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperoleh pengalaman langsung secara semula jadi. Belajar melalui bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru. Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

 

Mengambil kira perbezaan individu
Prinsip yang terakhir ini wajar menjadi pegangan semua guru-guru atau individu yang terlibat secara langsung dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu pembelajaran yang mengambil kira perbezaan individu. Kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri yang berbeza di antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka juga berbeza. Ada kanak-kanak yang mempunyai perkembangan sangat cepat (advanced) berbanding kanak-kanak lain yang kita namakan sebagai gifted atau talented. Ada juga kanak-kanak yang perkembangannya biasa atau sederhana sahaja iaitu normal.

Secara kesimpulannya, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya mereka melabur dari segi kewangan dan masa untuk mendapatkan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka kerana kadar pulangan lebih tinggi dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak. Pelaburan terbaik adalah dalam pembangunan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula dari lahir hingga lima tahun.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan