HomeBlogKe Arah Internasional: Pilihan Ibu Bapa Masa Kini

Ke Arah Internasional: Pilihan Ibu Bapa Masa Kini

Tidak dapat disangkal lagi permintaan terhadap sekolah antarabangsa sedang meningkat saban tahun. Laporan daripada Kumpulan Konsultasi Sekolah Antarabangsa (ISC) menunjukkan bahawa pasaran sekolah antarabangsa semakin berkembang. Di Malaysia, keputusan kerajaan untuk memansuhkan kuota 40 peratus dalam enrolmen pelajar tempatan ke sekolah-sekolah antarabangsa telah membuka mata ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah antarabangsa.

Mengapa pilih sekolah antarabangsa?

Selain daripada dikatakan berprestij, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ibu bapa beralih ke sekolah antarabangsa. Ketahui faktor-faktor yang membuatkan sekolah antarabangsa kini semakin dipandang di kalangan masyarakat tempatan. Isu wang bukan lagi halangan untuk ibu bapa bagi memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka.

Tamat belajar lebih awal

Tahukah anda, kebanyakan sekolah antarabangsa memulakan kemasukan pelajar seawal usia enam tahun untuk Tahun Satu? Hal ini bermakna anak anda akan mendahului rakan-rakan sebayanya satu tahun lebih awal untuk menamatkan pengajian. Berbanding tamat sekolah menengah ketika usia 17 tahun, anak anda akan menghabiskan sesi persekolahannya ketika usia 16 tahun dengan mengambil O-Level (atau setara dengannya) dan seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi semasa usia 17 tahun. Menarik bukan?

Fasih berbahasa Inggeris

Kebanyakan sekolah kerajaan meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua menyebabkan ibu bapa beralih ke sekolah antarabangsa. Rata-rata sekolah antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Penggunaan tahap bahasa Inggeris yang setanding dengan tahap komunikasi masyarakat Inggeris meletakkan taraf sekolah antarabangsa lebih tinggi berbanding sekolah lain.

Selain digunakan sebagai bahasa rasmi di sekolah, pelajar juga perlu bertutur dalam bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan guru, kakitangan sekolah dan pelajar asing.

Jika dilihat di sekolah kerajaan, bahasa Inggeris kadang kala hanya digunakan ketika pembelajaran subjek Inggeris sahaja, itupun pelajar tidak diwajibkan bertanya atau memberi pendapat dalam bahasa Inggeris. Rata-rata proses pembelajaran yang berlangsung sehala (iaitu hanya guru yang bercakap di dalam bahasa Inggeris) menyebabkan ramai pelajar yang tercicir untuk menguasai bahasa antarabangsa itu. Akibatnya, mereka ini ketinggalan apabila belajar di universiti dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, mereka yang menamatkan pengajian di sekolah antarabangsa juga mempunyai keistimewaan untuk tidak mengambil ujian kelayakan Inggeris seperti English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) untuk kemasukan ke universiti asing.

Kelas kecil

Kanak-kanak yang memang dilahirkan bijak akademik mungkin tiada masalah untuk menumpukan perhatian di dalam kelas, biarpun berapa banyak bilangan pelajar di dalam satu-satu kelas ataupun apa jua keadaan persekitaran di dalam kelas. Berbeza pula dengan sesetengah pelajar yang memerlukan tumpuan yang cukup untuk membolehkan proses pembelajaran berjalan lancar.

Justeru itu, jika anak anda memerlukan keperluan yang berbeza atau perhatian tertentu di dalam kelas, terutamanya jika mata pelajaran yang dipelajari kurang dikuasai atau lemah, maka mereka ini memerlukan kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang kurang. Jadi, sekolah antarabangsa adalah pilihan anda kerana menawarkan kelas yang kecil (kurang bilangan pelajar dalam satu kelas) dan persekitaran dalam kelas yang harmoni untuk memudahkan anak anda mendapatkan perhatian yang khusus daripada guru yang mengajar. Hal ini bermakna, jika anak anda dilahirkan sebagai pelajar yang pintar, maka dia akan lebih cemerlang berada di sekolah antarabangsa.

Ambil masa untuk melihat sendiri bahasa yang digunakan oleh guru-guru dan kakitangan di kedua-dua sekolah; kerajaan dan antarabangsa bagi mengetahui kefasihan dan kemampuan mereka untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.

Tahukah anda?

Faktor kejayaan kanak-kanak yang cemerlang dalam akademik adalah kerana mereka memberi tumpuan di dalam kelas. Lantaran itu, penting untuk kanak-kanak diberikan sepenuh perhatian dalam kelas terutama untuk mata pelajaran yang mereka lemah. Hal ini adalah bagi memastikan anak anda mendapat sokongan yang diperlukan dalam proses pembelajaran, sekaligus menambah peluangnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, tumpuan guru kepada pelajar di dalam kelas juga penting bagi merangsang suasana pembelajaran yang baik. Lazimnya, saiz pelajar di sekolah kerajaan adalah melebihi 30 orang di dalam satu-satu kelas, justeru seorang tenaga pengajar tidak dapat memberikan tumpuan individu terhadap setiap pelajar yang ada di dalam kelas. Senario yang selalu terjadi ialah guru-guru banyak memberikan perhatian kepada pelajar yang duduk di barisan hadapan dan pelajar di barisan belakang pula akan ketinggalan.

Dalam pada itu, tempoh pembelajaran yang singkat dalam 30 minit hingga 1 jam pembelajaran juga menyebabkan guru-guru sukar untuk menumpukan perhatian kepada setiap pelajar yang berada di dalam kelasnya. Sebagai penyelesaian, ibu bapa akan menghantar anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan mereka memahami lebih mendalam pembelajaran yang diajar.

Berbanding dengan sekolah antarabangsa, anda akan lihat jumlah pelajarnya tidak melebihi 20 orang di dalam satu kelas. Malah, kebanyakan sekolah antarabangsa juga menyediakan pembantu guru dalam setiap kelas, terutamanya kelas-kelas yang mempunyai pelajar yang lemah. Nisbah dua guru dan 20 pelajar adalah munasabah. Di sini, guru-guru dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap pelajar di dalam kelas.

Pembelajaran santai

Proses pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas di sekolah antarabangsa adalah berkonsepkan santai, iaitu guru-guru tidak hanya akan mengajar berpandukan buku teks atau buku-buku rujukan sahaja. Bagi menarik perhatian pelajar, mereka menggunakan kaedah berbeza seperti guru akan berpakaian mengikut cerita yang terdapat di dalam buku dan akan membawa prop bagi menguatkan lagi cerita semasa mengajar Sejarah.

Jika di sekolah kerajaan, ada juga segelintir guru-guru yang melakukan aktiviti seperti itu tetapi lazimnya teknik ini sukar dilakukan kerana faktor jumlah murid yang ramai di dalam satu-satu kelas dan tidak semua pelajar akan memberikan tumpuan.

Aktiviti kokurikulum tambahan

Bilakah kali terakhir anak anda pulang ke rumah dengan bajunya yang kotor kerana bermain bola? Rugilah jika anak anda tidak menjalani alam kanak-kanaknya dengan perkara-perkara yang menghiburkan seperti ini. Di sekolah antarabangsa, aktiviti-aktiviti luar turut dititikberatkan supaya pelajar bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum.

Jika anak anda seorang yang berbakat dalam tarian, nyanyian, sukan atau kewartawanan, potensi anak anda akan dicungkil dan digilap di sekolah antarabangsa.

Sekolah antarabangsa menawarkan kokurikulum tambahan secara lebih meluas berbanding sekolah kerajaan. Antara aktiviti kokurikulum yang disediakan di sekolah antarabangsa ialah sukan indoor dan outdoor, muzik, drama, tarian dan kelab kewartawanan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini dapat mengembangkan kemahiran kendiri, kepimpinan dan sosial mereka.

Aktiviti kokurikulum tambahan adalah kunci penting dalam membentuk peribadi, emosi, mental dan sosial kanak-kanak.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan