HomeBlogAmalan Berpantang Mengikut Budaya

Amalan Berpantang Mengikut Budaya

 

Amalan berpantang di Malaysia lazimnya dilakukan mengikut tradisi dan budaya. Amalan berpantang dilakukan untuk kebaikan ibu dan bayi. Tempoh berpantang berjalan sekurang-kurangnya 44 hari malah ada yang menjangkau sehingga 100 hari mengikut tradisi nenek moyang. Pun begitu, ada juga ibu baru yang tidak mengikut peraturan sepanjang tempoh berpantang. Ada yang tidak tahan sehingga hanya mampu berpantang seminggu atau dua minggu sahaja malah ada yang kurang daripada itu.

Pada zaman moden ini, semakin kurang kepercayaan dan amalan tradisi dilakukan oleh golongan muda. Namun, dalam amalan berpantang, kebanyakan wanita Asian begitu memandang berat akan tradisi ini kerana telah banyak contoh dan bukti yang ditunjukkan bagi orang yang tidak berpantang dengan betul.

Kepercayaan & tradisi

Amalan berpantang di Malaysia menarik kerana setiap kaum; Melayu, Cina dan India mengamalkan kepercayaan yang berbeza. Namun, tujuannya adalah sama iaitu mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalaman tubuh si ibu selain membantu mereka bertenaga dan segar. Lihat persamaan dan perbezaan amalan berpantang di kalangan tiga kaum utama di Malaysia.


Kaedah berpantang orang Melayu

Di kalangan masyarakat Melayu, ibu bersalin lazimnya berpantang sehingga 44 hari. Pada hari ke-44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tua menggalakkan ibu bersalin untuk berpantang selama 100 hari bagi perkara-perkara tertentu. Petua-petua ini sangat penting diamalkan untuk memastikan kesegaran tubuh badan dan menjamin tahap kesihatan seorang ibu.

Berpantang bersama

Kepercayaan orang Melayu, ibu perlu berpantang bersama dengan suami selama 100 hari bagi memastikan luka jahitan episiotomi sembuh sepenuhnya dan tidak terbuka atau terkoyak. Amalan ini dipercayai dapat mengembalikan semula ‘kedaraan’ bahagian alat sulit ibu sama seperti
sebelum melahirkan.

Antara amalan utama yang dilakukan oleh perempuan Melayu semasa berpantang ialah:

  • Jamu

Nenek moyang kita percaya amalan ini dapat membantu ibu yang baru melahirkan anak mengembalikan semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota badan selepas bersalin. Selain itu, memakan jamu juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan peredaran darah, memanaskan badan dan mengeluarkan toksin dalam tubuh.

  • Bertungku

Amalan ini adalah bertujuan bagi mengeluarkan darah kotor dan darah beku yang terdapat dalam badan selepas bersalin. Ia bukan sahaja dapat memulihkan luka peranakan dan mengecutkan rahim tetapi juga mampu menghangatkan badan dan mengecutkan urat saraf yang telah kembang.

  • Berurut

Amalan ini dapat memberi kecergasan kepada tubuh badan si ibu dan membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan. Urutan pada badan boleh membetulkan urat-urat yang tersimpul semasa hamil dan bersalin selain membantu mengeluarkan angin yang terperangkap di dalam badan.

Berbengkung- Selepas bertungku dan berurut, wanita baru bersalin akan berbengkung bagi mengembalikan bentuk badan asal, mengelakkan perut buncit, mengekalkan bentuk tubuh badan dan juga mengembalikan kedudukan sistem peranakan. Bengkung perlu dipakai sepanjang masa
setiap hari.

  • Bertangas

Amalan bertangas dapat membantu mengurangkan keputihan, merawat lendir, membuang angin dan mengecutkan rahim.

  • Tapel, pilis dan param

Pemakaian tapel, param dan pilis penting kerana tapel yang disapu pada bahagian perut dapat mengeluarkan darah kotor sambil menegangkan kulit. Pilis pula ditampal pada bahagian dahi untuk menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih daripada naik ke bahagian kepala. Param pula hendaklah disapukan pada keseluruhan badan. Ia berfungsi untuk menghaluskan kulit badan dan menghindarkan angin badan.


Kaedah berpantang orang Cina

Masyarakat Cina menggelarkan berpantang sebagai zuoyezi. Perkataan ini merujuk kepada tradisi kaum Cina yang menyarankan ibu baru untuk berehat selama sebulan di rumah. Secara tradisinya, ibu baru akan duduk di bawah penjagaan ibu mertua selama sebulan selepas melahirkan.

Pada kepercayaan masyarakat Cina, jika amalan berpantang tidak dilakukan dengan sempurna, rahim ibu tidak akan mengecut sekali gus menyebabkan rahim berubah kedudukan.

Prinsip berpantang ini juga adalah bagi mengelakkan angin daripada memasuki tubuh. Angin, yang dianggap sebagai elemen tidak baik oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia dikatakan akan menyebabkan masalah sendi semasa tua. Bagi mengelakkan angin daripada masuk ke dalam tubuh, ibu tidak boleh mandi dan membasuh kepala.

Dari segi pemakanan pula, ibu perlu makan herba mengikut perubatan tradisi Cina supaya luka cepat pulih.

Antara pantang larang masyarakat Cina semasa
berpantang ialah:

  • Tidak boleh mandi atau basuh rambut
  • Tidak boleh minum air sejuk
  • Tidak boleh berus gigi
  • Tidak boleh berada dalam bilik berpenghawa dingin
  • Tidak boleh keluar rumah

Tahukah anda?

Mengikut tradisi masyarakat Cina, ibu bersalin mesti mengelakkan diri daripada benda-benda yang sejuk kerana dikhuatiri akan terkena sakit seperti asma, rambut gugur, sakit gigi dan sakit tulang.


Kaedah berpantang orang India

Berpantang tradisi India adalah amalan meletakkan ibu dan bayi di dalam satu bilik sebaik sahaja selepas bersalin. Amalan ini bertujuan untuk membantu ibu baru cepat pulih daripada tekanan bersalin.

Mereka percaya kehilangan darah dan tenaga semasa proses bersalin akan menyebabkan tubuh ibu baru berada pada ‘tahap sejuk’. Sama seperti tradisi Melayu dan Cina, amalan berpantang kaum India juga bertujuan untuk membantu tubuh ibu kembali segar.

Lazimnya, ibu baru akan dijaga oleh perempuan yang lebih tua dalam kalangan keluarganya. Dai atau amah akan menyediakan hidangan istimewa untuk ibu baru, selain mengurut dan memandikan ibu dan bayi serta membasuh baju. Tempoh berpantang bagi ibu bersalin ialah antara 30 hari hingga 40 hari.

Amalan berpantang masyarakat India ialah:

  • Ibu bersalin perlu mandi air panas setiap hari
  • Pakai pakaian tebal sepanjang masa dan pakai stoking
  • Jangan duduk di tepi tingkap atau menghala badan pada kipas atau penghawa dingin
  • Tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti membasuh

Leave a comment

situs slot https://disdukcapil.salatiga.go.id/ngacor/ slot gacor totomacau4d situs toto situs toto situs toto slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor rtp slot toto slot https://journal.dpkp.ciamiskab.go.id/ rtp slot rtp live slot gacor situs toto