HomeBlog7 Produk Tisu Lembap Yang Manja Pada Kulit Bayi

7 Produk Tisu Lembap Yang Manja Pada Kulit Bayi

Tisu lembap adalah salah satu keperluan yang diperlukan dalam barangan penjagaan bayi. Ianya perlu ada dalam beg persalinan barangan bayi dan dibawa kemana sahaja untuk digunakan apabila diperlukan. Tisu lembap bukan hanya diperlukan ketika menukar lampin, malah ianya boleh digunakan untuk bermacam lagi perkara lain seperti membersihkan kotoran atau juga membersihkan mainan bayi.

Ketahuilah bahawa semua tisu lembap bayi tidak sama dan ianya berbeza-beza seperti contoh – tisu lembap khas buat kulit sensitif, tisu lembap organik, tisu lembap bebas dari kimia dan pewangi dan bermacam lagi. Oleh itu, anda perlu melakukan pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan si manja. Berikut adalah 7 Produk Tisu Lembap Yang Manja Pada Kulit Bayi.

Pureen Baby Wipes

Tisu lembap dari Pureen diperbuat daripada kapas yang lembut dan tebal untuk memudahkan proses pembersihan dilakukan ketika menukar lampin bayi. Ianya sangat lembut pada kulit bayi yang halus tanpa meninggalkan sebarang kesan tajam. Ibubapa amat risau untuk menggunakan produk bayi yang mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit bayi. Dengan tisu lembap Pureen ini, anda tidak perlu risau lagi kerana ianya bebas dari sebarang alkohol dan paraben. Ianya terbukti selamat digunakan kepada bayi dan terbukti tidak meninggalkan sebarang iritasi kulit dan juga tindak balas alahan pada kulit yang sensitif. Setiap helai tisu lembap ini diperkaya dengan aloe vera serta Vitamin E untuk melindungi dan menjaga kulit bayi sepenuhnya. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Pureen Baby Wipes di sini.

Natural Organic Baby Wipes

Nama produk ini sendiri sudah menunjukkan betapa selamatnya untuk digunakan pada bayi. Tisu lembap bayi keluaran Natural Organic diperbuat daripada bahan semulajadi dan organik untuk memelihara kulit daripada sebarang bahan tercemar. Ianya mengandungi ekstrak Calendula untuk memelihara kulit bayi yang kering dan sensitif agar ianya kekal lembap dan sihat.

Produk ini selamat untuk digunakan dan tidak akan mengasari kulit, malah ia juga tidak tercemar daripada sebarang toksik, tidak meninggalkan sebarang kesan alahan. Ianya juga tidak mempunyai sebarang bau dan menggunakan air tulen sepenuhnya. Tisu lembap ini sesuai untuk digunakan oleh bayi baru lahir, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mempunyai kulit yang sensitif dan juga selamat untuk digunakan pada sekitar mulut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca maklum balas oleh pengguna mengenai Natural Organic Baby Wipes.

Sebamed Baby Cleansing Wipes

Tisu yang amat lembut pada kulit si bayi. Tisu lembap Sebamed membersihkan kotoran dengan efisyen tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Ianya juga memastikan kebersihan terpelihara dan melindungi kulit si manja dari sebarang iritasi berikutan penggunaan bahan yang tajam dan kimia. Produk ini amat bersesuaian dengan kulit si manja yang lembut dan halus. Dengan nilai pH 5.5, tisu lembap Sebamed terbukti mampu menggalakkan pertumbuhan mantel asid. Ianya terlindung daripada sebarang alkohol dan formula losyen yang lembut tanpa sebarang pewarna tambahan untuk mengekalkan keselamatan menggunakannya. Klik untuk baca pendapat ibubapa lain yang telah menggunakan Sebamed Baby Cleansing Wipes.

Cetaphil Baby Ultra Sensitive Baby Wipes

Jenama Cetaphil ini amat terkenal sekali dengan produknya yang mesra kulit. Ianya juga dikategorikan sebagai produk farmasi oleh kerana kandungannya yang lembut pada kulit dan bebas dari bahan kimia terlarang. Tisu lembap Cetaphil amat bersesuaian untuk si manja yang mempunyai kulit yang sensitif. Ianya amat mudah untuk membersihkan kotoran pada kulit bayi dan juga membantu mengilangkan sebarang bahan kimia yang melekat pada kuit untuk mencegah ruam lampin.

Ianya sesuai untuk digunakan pada bayi dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut. Padat dengan kandungan aloe vera yang melembutkan kulit serta Vitamin E. Percayalah anda pasti akan berpuas hati dengan menggunakan tisu lembap ini. Kongsikan pendapat anda menggunakan Cetaphil Baby Ultra Sensitive Baby Wipes di sini.

Offspring Baby Wipes

Tisu lembap Offspring ini amat selesa sekali untuk digunakan seperti menggunakan tuala. Diperbuat daripada bahan yang lembut pada kulit bayi yang halus. Ianya diperkaya dengan aloe vera serta chamomile organik untuk melindungi kulit dan sejurusnya menjadikan kulit sihat. Ianya bebas daripada sebarang wangian, alkohol, paraben serta bahan-bahan kimia yang terlarang. Sekarang, anda tidak perlu risau lagi untuk membuang tisu lembap ini kerana ianya mesra alam. Ketahui lebih lanjut mengenai Offspring Baby Wipes di sini.

Mustela Dermo-soothing wipes

Formulasi khas buat bayi yang baru lahir, ianya amat lembut pada kulit bayi yang halus. Tisu lembap ini ideal untuk digunakan ketika menukar lampin bayi samada di rumah ataupun ketika mengembara. Gunakan tisu lembap ini untuk memastikan segala kotoran dibersihkan dengan sempurna tanpa sebarang kesan. Diperkaya dengan ekstrak sdaun dan akar Saponaria ianya membantu memperkuatkan penghalang kulit bayi serta memelihara sel kulit. Ketahui lebih lanjut mengenai Mustela Dermo-Soothing Wipes sebelum anda menggunakannya.

Care Mo Fragrance-Free Wipes

Satu jenama tisu lembap bayi yang berpatutan dan senang untuk digunapakai. Produk ini bebas daripada sebarang alkohol serta pewangi untuk memastikan ianya benar-benar lembut pada kulit si manja. Diperkaya dengan Vitamin E semulajadi untuk memelihara kelembutan kulit si bayi dan diikuti dengan ekstrak aloe vera organik agar ianya kekal lembut ketika digunakan pada kulit. Ini adalah salah satu produk bayi yang perlu anda beli. Bungkusannya dirapikan dengan penutup khas agar kelembapan tisu dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lama. Mahu ketahui pendapat pengguna lain mengenai Care Mo Fragrance-Free Wipes? Anda boleh lihat di sini.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan