Paddle Pop Classic Vanilla
Kepuasan
Aiskrim ini sungguh enak dimakan pada bila-bila masa terutamanya di waktu tengah hari dan cuaca panas.Kepuasan apabila perisa vanila membasahi tekak amatlah mengiurkan. Namun, harganya agak tinggi untuk kanak-kanak, memang mudah didapati di mana sahaja, tetapi duit bagi kanak-kanak adalah satu kekangan.
Cosmoderm Vitamin E Cream 3000 I.U
Kepuasan
Saya sangat berpuas hati memakai cosmodem ini kerana masalah kulit kering saya dapat diatasi secara beransur dalam masa beberapa minggu, walaupun tindak balasnya agak perlahan, tetapi hasilnya agak memuaskan. Kesabaran dan konsistensi perlu diterapkan dalam diri sepanjang penggunaan produk ini.
Shokubutsu Anti Bacterial Refreshing & Purifying Body Foam
Kesegaran
Saya dan keluarga amat berpuas hati menggunakan produk ini kerana ia dapat menyegarkan badan dan menghilangkan kelesuan di kala waktu panas dan sesudah pulang dari kerja. Aroma yang lain daripada yang lain memberikan keunikan dan kelainan produk shokubutsu daripada produk dan jenama sabun yang lain. Namun, sekiranya syarikat mampu mengeluarkan saiz yang lebih besar dengan harga yang rendah amatlah digalakkan