Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3.6A Rapid Fast Charge Technology
Ketahanan yang sangat baik
Woww..hanya itu yang dapat digambarkan. Saya sudah menggunakan powerbank ini hampir 2 tahun. Kualiti yang sangat boleh dijamin. Dengan 20000maH, handphone saya dapat cas dengan penuh sebanyak 2-3 kali. Bonus yang terbaik juga ialah ia mempunyai 2 slot untuk pengecasan pada masa yang sama.Untuk pengecasan penuh, powerbank ini hanya memerlukan 7-8 jam sahaja. Dengan harga yang normal, pemilikian powerbank ini sangat bijak dan berbaloi.
Yakult Health Drink
MINUMAN YANG SENTIASA DIRINDUI
Yakult adalah minuman susu kultur yang sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga dari dahulu kerana keajaiban rasanya dan kebaikannya dalam kesihatan untuk semua golongan umur kerana mempunyai bakteria yang baik dan mampu melancarkan sistem penghadaman . Masih ingat semasa kecil kami 4 beradik sentiasa bahagikan sama rata untuk botol yang ke 5 kerana 1 pek yakult mengadungi 5 botol.
Selsun Blue Moisturizing Dandruff Treatment
SUNGGUH BERKESAN
Saat yang tidak boleh dilupakan ialah waktu dimana saya sudah berhenti mencari shampoo apa yang paling sesuai untuk rambut saya. Kewujudan selsun blue ini sangat memudahkan saya dengan anti dandruff yang dimiliki+extra mosturizing sangat menyelesakan rambut saya yang sebelum ini sering gatal kerana masalah kelemumur.