OEM Muscle Rope Resistance band
Mudah digunakan dan dibawa
Saya sukakan alatan senaman ni kerana ia sesuai digunakan di mana mana sahaja.. tak kira di rumah atau di taman rekreasi.. mudah digunakan, ringan dan tidak menggunakan banyak ruang.. semuanya dalam satu.. boleh melakukan senaman push up, untuk dada, kaki, perut dan sebagainya.. harga yang berpatutan dan mudah diselenggara.
Panasonic Vacuum Cleaner Cocolo MC-CG300
Ringan dan bersih
Vacum ini sangat baik dan kuasa sedutan sangat kuat untuk menyedut habuk dan kotoran di sekeliling rumah.. mudah digunakan dan senang dibawa.. rumah yang besar pun sekejap saja untuk dibersihkan.. tahan lasak dan boleh menyedut air yang tumpah di atas lantai.. sangat disarankan kepada mereka yang sukakan kebersihan dan tidak mahu bersusah payah membersihkan rumah.
Nestle Koko Crunch
Rasa coklat yang enak
Bijirin sarapan coco crunch mempunyai rasa yang enak dan rangup. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan susu lemak berkrim. Sangat sesuai utnuk semua lapisan masyarakat dan usia. Sesuai juga untuk makanan kanak kanak ke sekolah bagi mengharungi hari yang panjang dan memenatkan.