Bright Starts Caterpillar Water Teether
Toy untuk digigit yang selamat
Saya sangat mengesyorkan toy jenis ini kerana baby yang suka menggigitnya disebabkan bentuknya yang ala-ala donut dan sangat berwarna-warni. Toy akan mudah digigit baby kerana kondisi toy yang lembut dan sangat selamat sekiranya digigit oleh gusi baby yang sentiasa gatal dan tidak selesa pada waktu-waktu tertentu selepas menyusu. Toy juga mudah dibersihkan dan dicuci dengan cecair anti bakteria selepas digunakan oleh baby.
Anakku Colourful Star
Permainan Asas bayi
Saya sangat mengesyorkan toy ini kerana ia melatih baby untuk menguatkan otot gengamannya secara berterusan seawal usia 3 bulan sehingga usianya mencecah 6 bulan. Latihan asas ini akan menjadi permulaan kepada baby sebelum belajar untuk koordinasi kedua belah tangannya. Material yang bagus dan sangat selamat sekiranya baby cuba untuk menggigit atau menghisap toy kerana melatih gigi dan deria rasanya pada toy. Toy juga mudah dibasuh untuk digunakan semula oleh baby.
Vtech Stack and Discover Rings
Toy paling attractive
Saya sangat mengesyorkan toy ini kerana baby akan belajar menggunakan deria penglihatannya untuk memasukkan gelung, belajar menggunakan deria pendengaran dengan bunyi muzik dan sebutan dari karektor monyet yang sangat mengujakan. Baby juga akan belajar koordinasi sasaran dan arahan melalui pembelajaran pemerhatian oleh ibubapa yang menunjukkan cara untuk bermain dengan toy. Sangat menarik dan mengujakan baby.