Dove Straight And Silky Shampoo
Lurus dan melembutkan
Telah bertahun lamanya saya menggunakan shampoo jenama Dove ini. Saya yakin produk ini berkualiti dan ia tidak merosakkan rambut. Dove Straight and Silky membuatkan rambut saya kekal lurus dan lembut supaya mudah untuk dibentuk semasa menyikatnya. Baunya juga harum dan menyegarkan.
Ahmed Tea Strawberry Sensation
Teh yang memberi rasa tenang
Saya amat suka dengan teh Black Tea perasa Strawberry daripada Ahmad Tea ini. Aromanya memberikan ketenangan apabila meminumnya dengan rasa buah strawberry yang manis terasa dalam setiap hirupan. Satu uncang pun sudah mencukupi kerana kualiti tehnya yang pekat. Ilustrasinya menarik perhatian saya dari jauh untuk mencubanya buat pertama kali. Bungkusannya juga mudah dibuka. Pada saya Ahmad Tea adalah teh yang paling saya suka sekarang ini.
BADLAB Like a Boss
Gayakan rambut anda seperti Boss
Saya mencuba Badlab Like A Boss ini dan ternyata saya sukakannya. Teksturnya yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, amat sesuai dengan saya yang berambut sederhana panjang. Mudah untuk digayakan dengan sikat mahupun jari. Wangiannya tahan lama dan gel ini mudah dicuci.