Silkygirl Loving You
Sangat Sesuai Untuk Remaja
Baunya lembut dan agak floral. Ianya tidak terlalu kuat dan bila disembur kebadan atau tangan, baunya seakan masuk dengan bau badan. Anak remaja saya sangat sukakannya. Dia seorang yang kuat berpeluh tetapi bila pakai perfume ini dia tidak malu lagi dengan bau badannya. Saya rasa sangat sesuai untuk seorang yang lincah dan sentiasa bergerak.
BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil
Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dan Kolesterol
Suami ada tekanan darah tinggi dan high kolesterol sejak 4 tahun yang lalu. Sejak itulah kami diperkenalkan dengan BioLife Fish Oil ini. Suplemen ini memang sangat membantu suami kawal tekanan darah dan kolesterolnya. Suami akan makan 2 kapsul setiap hari. Bila makan secara konsisten ia sangat membantu kerana suami akan kurangkan kekerapan makan ubat hospital.
ALOCLAIR GEL
Bagus Untuk Kesakitan Ulcer Mulut
Ubat ini lebih kurang sama dengan Bonjela untuk merawat ulcer mulut. Tapi pada saya ubat ini lebih baik kerana kita tak rasa pedih sangat bila kita apply kat tempat ulcer tu. Tunggu dalam 5-10 minit kita dah boleh makan makanan tanpa rasa sakit masa mengunyah. Saiz botolnya jugak comel sesuai untuk dibawa kemana sahaja.