River Veda Replenish Wonder Serum
Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
River Veda Replenish Wonder Serum amat sesuai dengan kulit muka saya. Ia mengawal garis penuaan dan ia juga mencerahkan kulit. Saya akan menggunakannya sebelum saya tidur. Dan pada keesokkannya, kulit saya lebih lembut dan anjal.
EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo
Amat Sesuai Untuk Yang Berhijab
Syampu rambut yang dirumus dengan cara semulajadi amat sesuai untuk wanita yang berhijab seperti saya. Ia melindungi dan merawat kulit kepala daripada kelumumur. Juga mengawal pengguguran rambut. Walaupun sehari penggunaannya, ia membuatkan rambut saya lembut dan bersinar. Juga ia mudah diurus. Syampu ini bukan sahaja merawat kulit kepala dan rambut malahan ia juga amat sesuai sebagai ubat untuk mengurangkan sakit kepala terutamanya migrain.
Alpha Lipid TM Lifeline TM Colostrum Milk Powdered Drink
Diet Secara Sihat Dengan Alpha Lipid Lifeline
Ia membantu saya dalam mengawal berat badan dan awet muda. Maklumlah umur saya yang semakin meningkat dan jadual pemakanan yang tidak teratur. Alpha Lipid Lifelinelah yang banyak membantu saya. Rumusan serbuk apabila dicampur dengan air akan menjadi minuman sarapan pagi yang sihat untuk keluarga saya. Kalau nak tahu, produk ini amat sesuai untuk ibu mengandung dan wanita yang sedang menyusukan bayinya. Ajaibkan.
ClensUp
Perut Tidak Sakit Dengan Clensup D'Tox Fiber Mix Beverage
MInuman semulajadi yang kaya dengan serat. Ia membantu dalam proses penyingkiran toksin dan ia juga meningkatkan kesihatan usus kita. Juga sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet seimbang kerana ia membantu mengurangkan kolestrol. Cara penyediaan yang senang iaitu campurkan 1 paket Clensup ke dalam penggoncang yang mengandungi 250ml air. Goncangkan dan boleh terus minum. Ia mengenyangkan dan membuatkan perut kita sentiasa selesa.
Chewies Immuno Licious
Anak-Anak Saya Sukakannya
Anak-anak saya amat menyukai Chewies Immuno Licious. Setiap hari sebelum ke sekolah mereka akan mengambil 2 biji. Membantu mereka sentiasa cergas.
BabyOrganix Rub Rub Balm
Rub Rub Balm Untuk Semua Peringkat Umur
Sekarang musim hujan, ini bermakna dah mula musim demam, batuk dan selesema. Paling risau kalau anak-anak dah mula selsema atau batuk. Rub Rub Balm bukan saja digunakan pada bayi tetapi juga sesuai digunakan pada kanak-kanak yang berumur 13, 14 dan 15 tahun. Nak tahu bagaimana mujarabnya Rub Rub Balm ini? Kebetulan anak saya yang berumur 15 tahun mula batuk dan selsema, sebelum tidur saya sapukan Rub Rub Balm ini pada dada, leher dan belakangnya supaya ia dapat melegakan pernafasannya. Untuk adiknya pula yang berumur 13 dan 14 tahun, selepas mereka mandi, mereka amalkan sapu Rub Rub Balm ini di dada dan belakang badan mereka. Kata mereka ia memberi keselesaan dan nyaman.
Kandungan Rub Rub Balm ini adalah daripada Caprylic / Capric Glycerides, Hydrogenated Palm Kernel Glycerides, Hydrogenated Palm Glycerides, Olea Europaea (Olive) husk oil, Glyceryl Stearate, Glyceryl Dibehenate, Glyceryl Behenate, Menthol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) dan Leaf Oil.
Rub Rub Balm amat sesuai untuk merawat dan melegakan batuk, selesema dan wheezing iaitu nafas berbunyi. Selain daripada tu, boleh juga di sapu pada perut anak-anak untuk hilangkan sakit perut kerana angin. Yang pastinya Rub Rub Balm adalah produk keluaran Malaysia dan semestinya halal. Rub Rub Balm ini juga tidak mengandungi bahan terlarang seperti steroid dan paraben yang boleh beri kesan sampingan.
Sila layari laman web www.thebabyorganix.com untuk info dan katalog mengenai Rub Rub Balm ini. Juga merupakan produk dari TheBabyOrganix. Penempahan boleh dilakukan dengan 4 cara yang mudah iaitu:
1. Layari laman web dan dapatkan senarai stokis. Stokis ada untuk setiap negeri.
2.Emailkan kepada [email protected]
3. Hantar mesej ke Facebook Fanpage TheBabyOrganix
4 Hubungi ditalian03-5638-1617
Comfort Zone Hydramemory Fluid
The Best Moisturizer For Me From 100Comments: Comfort Zone – Hydramemory Fluid 24H
I learned something today about dehydrated skin that rocked my world, so please read my review for the best moisturizer – (Comfort Zone) Hydramemory Fluid 24H.
Decide whether or not your skin is dehydrated or dry then treat accordingly. Run the side of your finger up your cheek, just below the cheek bone. Look closely in a mirror. If you see fine horizontal lines, then it’s safe to say that you are dehydrated.
Everybody has a different skin type and with that comes different skin problems. Dry skin can be such a pain, especially at this time of year when the weather is constantly changing. The simple solution of course is to keep moisturized and hydrated, but with so many dry skin products out there, it’s hard to know which ones will work best for you!
About (Comfort Zone) Hydramemory Fluid 24H :
- Made in Parma, Italy with energy from renewable resources.
- Prolonged hydration face fluid.
- Exceptional long-lasting hydration for young skins and hot climates.
- Scientifically proven efficiency. Dermatological tested.
- Deep lasting moisturizing effect, skin tone and elasticity, extraordinary velvet effect.
- Prolonged hydration face fluid.
- For dry skin.
Direction : Apply to face and neck and massage until absorbed.
https://mamable.wordpress.com/2016/11/24/the-best-moisturizer-for-me-comfort-zone-hydramemory-fluid-24h/
Ronasutra Pressed Mineral Foundation Powder
Suci Dan Halal Dari Ronasutra Pressed Mineral Foundation Powder
Sebagai seorang wanita penampilan adalah perkara yang sangat penting untuk diperhatikan. Wanita sendiri memang ditakdirkan sebagai makhluk Tuhan yang paling indah, dan amat rugi jika keindahan yang diberikan ini tidak dijaga dengan baik. Ramai antara kita kaum wanita yang mahukan kekal cantik secara semulajadi. Semulajadi macam mana tu? Kalau di rumah, tak pakai mekap pun, wajah tetap nampak cantik dan berseri. Untuk mereka yang bergelar isteri, ini juga merupakan idaman mereka kerana mereka ingin selalu kelihatan cantik untuk suami tercinta. Jom kita bongkar apakah rahsia untuk mencantikkan wajah.
Ronasutra Pressed Mineral Foundation Powder dirumus dari 100% bahan mineral serta produk bebas minyak, pewangi, pengawet, silikon serta alkohol. Produk ini membuatkan si pemakai dengan yakin dapat mengenakan solekan yang menarik dan elegan. Merupakan bedak padat yang memberi perlindungan UV yang terbaik.
Produk yang formula inovatif mempunyai pilihan warna yang sesuai mengikut warna kulit wajah wanita Asia. Terdapat lapan warna pilihan dengan menggunakan kod iaitu PF00, PF01, PF02, PF03, PF04, PF05, PF06 dan PF07.
Hari ini merupakan hari pertama Ros menggunakan bedak ini. Pertama kali mencuba produk Ronasutra Pressed Mineral Foundation dari Ronasutra. Ros mencuba pilihan warna kod PF02 sebab Ros dikurniakan wajah putih kuning langsat, sepertimana yang diberitahu oleh mak Ros. Memang ia tidak mengecewakan Ros dengan penggunaan lebih dari lapan jam, ia tetap kekal di wajah kita. Wajah juga tidak berminyak dan ia tidak menghalang kita untuk terdedah pada sinaran matahari kerana ia mempunyai perlindungan UV dengan SPF 35. Info penting untuk anda semua iaitu produk ini adalah formula suci dan halal, memang sesuai dipakai pada waktu solat, umrah dan haji.
Penggunaan yang ringkas dan senang ini memang sesuai untuk wanita yang bekerja seperti Ros, hanya letakkan span atau berus pada bedak ini dan sapukan disekeliling wajah dan leher kita. Ratakan sapuan dengan kemas. Ia dapat menutup noda dan cela di wajah kita, kemudian barulah kenakan solekkan pada wajah kita. Cepat dan ringkas.
Memang berbaloi dengan harganya iaitu RM58.00 seunit. Boleh didapati di kedai farmasi pilihan, stokis dan pengedar, lebih mudah sila lawati laman sesawang Ronasutra iaitu www.ronasutra.com atau www.hishop.my, zalora dan fashionvalet.com. Memang sesuai dengan trend Gen Y masakini, kebanyakan wanita lebih selesa membeli belah secara online dan produk ini juga boleh didapati di Zalora dan fashionvalet.com. Ronasutra juga mempunyai fan page rasmi di Facebook iaitu www.facebook.com/Ronasutra.Official.Fan.Page dan Instagram iaitu ronasutra_official.
Produk yang sememangnya halal, suci dan selamat digunakan. Cubalah Ronasutra Pressed Mineral Foundation. Anda pasti tidak akan menyesal.
River Veda Everyday Honeysuckle Moisturiser
River Veda Everyday Honeysuckle Moisturiser
Baunya yang wangi membuatkan saya tertarik untuk terus mencubanya tanpa was was. Ia memberikan kelembapan yang seimbang pada wajah saya. Ia dirumus daripada bahan-bahan organik semulajadi. Ia membantu saya dalam mengawal liang-liang pori muka juga ia meratakan ton wajah saya.