Samsung SC4470 Vacuum Cleaner 2000W
Vacuum cleaner yang patut dimiliki semua orang
Kecil & berkuasa. BAGLESS. Suction power yang sangat menakjubkan lebih-lebih lagi ketika membersihkan habuk di ruang yang sempit atau di celah-celah sofa. Vacuum yang mesra pengguna. Senang dibawa kemana-mana terutama ketika pulang ke kampung. Sangat mudah dibersihkan & membuatkan kerja mengemas rumah lebih pantas!
Coway Lombok2 AP-1511FHE
Tiada lagi bau yang tidak menyenangkan
Saya sangat berpuas hati selepas menggunakan Lombok2 semenjak dari tahun 2015. Amat membantu mengurangkan bau & bulu kucing memandangkan saya memiliki 10 ekor kucing di rumah. Terasa seperti tiada kucing pun di rumah selepas bau tiada. Setiap kali selepas memasak atau menggoreng, bau2 daripada masakan akan hilang selepas suis Lombok2 dihidupkan. Terima kasih kepada technician & pihak Coway yang telah banyak membantu saya mengendalikan produk ini. Tak sabar menunggu keluaran air purifier keluaran Coway yang seterusnya!
Toshiba Digital Rice Cooker RC-18NMFIM 1.8L White
Rice cooker yang terbaik sepanjang masa
Beli semasa bujang, 2013, dijaga dengan baik sampai sekarang, sudah berkahwin. Tak pernah ada apa-apa masalah walaupun kerap menggunakannya. Dah masak macam-macam jenis makanan nasi, sup & kek. Masak nasi goreng pun pernah bila gas dapur dah habis :D
Mak mertua pun cemburu tengok nasi yang dimasak cantik & tak ada kerak. Terbaik!