Bausch & Lomb renu fresh Multi-Purpose Solution
Jaga Kesihatan Mata
Saya menggunakan renu multi purpose untuk mencuci, membilas dan menghilangkan protein mata dri kanta lekap. Tujuan membersihkan kanta lekap adalah penting kerana kita tidak mahu mata kita dijangkiti dan menyebabkan penyakit lain. Mata saya amat selasa kerana memakai produk renu ini. Saya tidak mengalami kabur akibat kanta lekap tidak bersih dan sebagainya.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Lifebuoy Pelindung Kami
Saya amat sukakan produk Lifebuoy ini kerana cecairnya sangat pekat dan menghasilkan banyak buih. Kanak-kanak pasti sukakannya. Baunya juga sangat wangi. Sesuai untuk semua jenis kulit tanpa mengira umur. Keluarga saya juga membeli produk yang sama. Lifebuoy melindungi kami sekeluarga dari kuman yang tidak dapat dilihat. Sekarang keluarga saya selamat dan bahagia bersama. Sampai sekarang keluarga saya masih menggunakan produk ini.
Silkygirl Matte Fever Lipcolor Balm 08 Scandal
Bibir seksi
Matte fever dijual pada harga yang berpatutan dan sesuai untuk bibir yang kering. Produk ini bagus kerana dapat menutup cela bibir saya yang berwarna hitam. Tetapi apabile saya makan, lipstick akan comot sampai ke pipi. Saya mengharapkan lipstick ini anti comot dan kalis air.