Munchy’s Oat Krunch
Rangup , penuh rasa coklat
Biskut kegemaran kami sekeluarga. Tiap kali habis pasti akan beli. Tak cukup makan sebungkus pasti akan makan lagi. Rasa coklat yang cukup dan tidak terlalu manis membuatkan rasa tidak muak untuk makan. Saya selalu amalkan makan biskut ni sebab saya selalu berasa lapar kerana menyusukan anak. Malah susu saya semakin banyak kerna makan biskut ni mampu hilangkan rasa lapar sy. Terbaik
Nestle Koko Crunch
sedap dan mengeyangkan
Rasa yang sedap terutama bila dimakan bersama susu segar. Sarapan yang paling mudah ,berkhasiat dan kenyang untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Mudah untuk dicari di mana-mana kedai atau supermarket. Bukan sahaja boleh jadi sarapan pagi. Malah ia boleh dijadikan sebagai makan malam jika lapar. Boleh juga jadikan sebagai snek semasa menonton televisyen.sy seisi keluarga sngat suka dengan koko crunch. Terbaikk.
Cap Limau Yu Yee Oil
Melegakan perut
Saya telah menggunakan minyak yu yee sejak dari dulu lagi sehingga saya telah mempunyai anak 2. Minyak yu yee mmg sgt berkesan menghilangkan kembung perut bayi saya semasa dalam pantang. Dengan aroma bau yang enak dan tidak terlalu berangin di mana sangat sesuai untuk sapu pada bayi. Semasa saya mengandung minyak yu yee membantu melegakan rasa loya yang saya alami. Terbaik.