Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+
Pilihan pencuci muka saya
Pencuci muka Cetaphil ini sangat sesuai untuk masalah kulit berminyak dan sensitif. Ia boleh mencegah penumbuhan jerawat daripada kulit muka yang berminyak. Tidak pedih bila dikenakan pada kulit. Dan ia juga mampu menghalang sinar UV matahari terus ke kulit dan melindungi kulit daripada pancaran UV.
Antabax Bar Soap
Pilihan tepat untuk sabun mandian
Pilihan seharian saya dia bilik mandi. Antabax datang dengan bermacam jenis dan semuanya wangi. Seperti nama antabax, ia sememangnya melindungi kita daripada bakteria selepas mandi sekurang kurangnya badan kita tidak terlalu kotor dengan bau dan bakteria. Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi dengan kebaikan yang ada ia menjadi pilihan berbaloi dan tepat.
Syahirah UV Whitening Sunblock SPF50
Wangi dan berpatutan
Saya boleh dikatakn penggemar jenama Syahirah ini daripada saya sekolah lagi sehingga lah sudah berumah tangga. Sunblock ini sangat mesra kulit dan tidak melekit. Ia juga harum dan tidak meninggalkan kesan setelah digunakan. Sunblock ini mampu dia jadikan pelindung kulit daripada panas matahari. Harga juga berpatutan dan keluaran bumiputera.