Fine Foods Lake Salt Light
Pilihan Untuk Sihat
Bagi anda yang sedang berdiet atau mahu menjaga kesihatan tetapi tetap mahu menikmati keenakan makanan, garam Fine Foods Lake Salt Light ini adalah pilihan terbaik. Teksturnya halus dan kandungan Sodium hanya 50% saja berbanding garam biasa sebanyak 97% dan ia boleh meningkatkan risiko strok, hipertensi dan penyakit jantung. Garam ini sesuai digunakan untuk apa jua masakan kegemaran anda.
Kokko – Chocolate Drink for children
KOKKO MINE JIHAD, ORANG DEWASA PUN SUKA!
Serbuk minuman Kokko Mine Jihad ini tidak hanya untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh menikmatinya. Sebagai penggemar minuman koko, Kokko Mine Jihad ini merupakan pilihan yang terbaik untuk saya. Rasa kokonya yang mewah serta lazat. Saya tidak perlu menambah gula atau susu lagi. Hanya campurkan kiub ais untuk minuman sejuk dan nikmatinya penuh gembira. Saya rekemen produk buatan Muslim ini. Selamat mencuba. ❤
Scott’s Vitamin C Pastilles
Pastil yang lembut dan sedap
Vitamin C Perisa Beri Campuran (Pastil) dari Scott's ini sangat sedap. Terasa masam manis campuran buah beri. Teksturnya kenyal, lembut dan kaya vitamin C. Saya sangat suka! Sesuai untuk anda yang kurang mengambil buah dan sayuran dalam diet seharian. Boleh mencegah selesema dan demam.
Fine foods EviaSweet
Manis hanya pada senyuman ?
Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis dan mereka yang sedang berdiet. Rasanya tidak terlalu manis kerana diperbuat daripada ramuan semulajadi iaitu Erythritol dan Stevia. Paling penting ia sifar kalori dan rendah indeks glisemik. Sekotak terdapat 20 sachet dan ia mudah dibawa ke mana-mana serta boleh dibancuh di dalam air sejuk atau air panas.