Silkygirl Magic BB All-In-One Powder Foundation 01 Ivory
Harga berpatutan untuk produk yang berkualiti
Magic BB ALL-IN-ONE Powder Foundation by SILKYGIRL ini adalah powder foundation kegemaran saya! Kerana pertama sekali powder foundation ni tahan lama.Ia tidak akan buat muka kita berminyak dan tak perlu nak touch up banyak kali. Kedua,powder foundation ni boleh menutup kesan jerawat di muka saya.Saya tak perlu pakai berlapis-lapis foundation untuk tutup cela di muka.Selain itu yang menjadi tarikan buat saya,harganya yang berpatutan dengan kualiti yang terbaik.GOOD JOB SILKYGIRL?
Anakku Nappy Cream
SELAMAT TINGGAL RUAM LAMPIN!
Sejak bergelar ibu ANAKKU BABY NAPPY CREAM ini adalah item wajib ada dalam senarai barangan bayi saya. Produk ini mudah digunakan,tidak melekit,cepat meresap ke dalam kulit dan yang paling penting,tindak balas dia pada kulit anak saya adalah positif. Sejak saya menggunakan produk ANAKKU baby nappy cream ini tiada tindak balas negatif yang terjadi pada kulit anak saya dan ia mesra terhadap kulit bayi. Jangan ragu untuk mencuba!
Cap Limau Yu Yee Oil
PERUT KEMBUNG? INI PENYELESAIANNYA
Minyak YU YEE CAP LIMAU merupakan minyak pilihan saya sekeluarga, saya gunakan khusus untuk bayi saya jika dia kembung perut.Keberkesanannya?sangat TIP TOP! tapi awas,minyak YU YEE CAP LIMAU ini agak berangin jadi elakkan terkena pada mata bayi.Selain untuk kembung perut bayi,saya juga gunakan minyak ini jika terdapat kesan gatal digigit serangga,pening kepala atau berasa mual.Bukan sahaja digunakan untuk bayi tapi seisi keluarga boleh manfaatkan kebaikannya.