Spritzer Pop Carb Flavoured Drink
AIR BIKARBONAT TANPA PEWARNA
Spritzer Pop amat sesuai untuk semua jenis umur dewasa mahupun kanak2 kerana air ini cuma air putih berperisa dan tanpa pewarna tambahan boleh didapati dimana mana kedai meskipun stesyen minyak. Dulu masa kecil ayah saya selalu belikan untuk saya sebab saya amat menggemarinya kini saya pula belikan untuk anak2 saya. Anak2 kan susah minum air kosong jadi air ini mungkin boleh digantikan dengan 5 perisa buah-buahan apple, lemon, oren ,blackcurrant, berries. Itu saja dari saya sekian Assalamualaikum
Three Legs Cooling Water
UBAT MUJARAB PENYEJUK BADAN
Memang tak disangkal lagi setelah berabad dari saya kecil lagi air cap kaki 3 atau air cap badak ini mampu menyejukkan badan seperti dalam cuaca panas, makan durian, panas bekerja dan lain2. Sesuai untuk sesiapa saja yang terkena demam. Air ini juga mampu meneutralkan asid dalam badan. Ok itu saja dari saya sekian Assalamualaikum.
Samsung Galaxy J7+
Mid-range smartphone
Smartphone pertengahan yang berbaloi. Dilancarkan pada tahun 2017 ,model samsung pertama dikeluarkan dengan dual camera Dual 13 MP (f/1.7, autofocus) + 5 MP, f/1.9 selepas samsung note 8 dan camera selfie 16 MP, f/1.9 dan dengan flash hadapan untuk gambar lebih cantik meskipun dalam gelap , mempunyai 4 GB ram dan storan dalaman 32 GB + (microSD sehingga 256 GB). Saiz screen 5.5 inch dengan paparan super AMOLED (1080 x 1920 pixels, 401 ppi). Baterinya pula 3000mAh boleh dikatakan seharian juga penggunaan. Juga dilengkapi game launcher khas untuk penggemar game ciri-ciri khas seperti 'no alert during game' , 'lock back key ' , 'lock recent key ' dan lain2. Ia juga boleh dikatakan tahan lasak dengan design full metal body dan nak selamat lagi pakailah casing. Fingerprint dihadapan boleh dikatakan hampir pantas untuk scan jari. Juga dilengkapi multi window contoh tengok youtube sambil berbalas whatsapp. Samsung galaxy j7 plus ni juga hybrid dual sim samaada letak sim ke 2 atau letak microSD kad. Ok so far penggunaan saya dengan samsung galaxy j7 plus ni selama hampir setahun boleh dikatakan amat memuaskan dan sesuai digunakan oleh semua jenis orang contohnya gamer , ahli perniagaan, warga emas ,remaja dan lain2. Itu saja dari saya sekian Assalamualaikum.
Sharp AQUOS 32″ LED TV
BERBALOI
Sharp AQUOS 32″ LED TV dengan paparan cecah 1080p kualiti hd untuk semua siaran yang sangat jelas. Produk 5star dengan penjimatan elektrik dan eco sistem. Paparan 32 inci sudah cukup jelas dan berbaloi dengan harga. Lebih lagi jimat ruang tak lah besar sangat siap boleh gantung di dinding lagi. Sharp tak pernah mengecewakan selama saya menjadi pelanggannya lebih 5 tahun dan kebanyakan kelengkapan rumah banyak yang dari sharp.