Dashing EDT Cool
Perfume kegemaran
Wangian ini menjadi salah satu pilihan saya sejak sekian lama. Bau sangat menyegarkan dan sesuai untuk menyerlahkan aura lelaki. Harga juga mampu milik dan bersesuaian dengan apa yang pelanggan akan dapat.
Dashing for Men Active Deodorant Body Spray
Selesa
Bau yang cukup wangi dan sangat sesuai untuk lelaki yang mempunyai gaya hidup aktif. Selesa dipakai sewaktu melakukan pelbagai aktiviti fizikal sepanjang hari. Harga amat berbaloi dengan produk. Tahan untuk 8jam. Terbaik
Dashing For Men Oil Control & Anti-Acne Face Wash
Wajah kembali segar
Sebelum menggunakan produk ini, wajah saya berminyak dan berjerawat. Namun setelah mencuba produk ini setelah disyorkan oleh rakan, terdapat perubahan ketara pada wajah di mana wajah semakin kurang berminyak dan kurang berjerawat. Wajah akan kelihatan lebih segar dan sesuai untuk lelaki yang banyak terdedah kepada cahaya matahari.