OEM Muscle Rope Resistance band
Mudah dan Praktikal
Alatamg senaman yang sangat mudah dan praktikal. Mengandungi set bebanan yang berlainan, ia boleh digunakan di mana-mana sahaja dan dengan pelbagai cara. Mudah di bawa untuk pergi bercuti, di rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Alatan senaman yang baik dalam pembinaan otot dan juga dalam mengekalkan kecergasan dan menjaga kesihatan dengan gaya hidup yang aktif. Kualiti yang baik dan lasak, sangat dicadangkan bagi mereka yang mahu bersenam secara fleksibel tanpa mengira masa dan tempat.
Pineng PN-951 10000 mAh Power Bank
Elegan dan Berbaloi
Reka bentuk yang menarik. Berbeza daripada kebanyakan powerbank yang tebal, model ini menawarkan reka bentuk yang nipis, dengan bucu separa bulat menjadikan ia lebih elegan. Hadir dengan kapasiti 10000 mAh, ia cukup berkuasa untuk mengecas pelbagai gajet secara berturut - turut. Daripada segi berat, ia tidak berat, selesa dan mudah dibawa. Nipis dan ringan memudahkan ia diselitkan di dalam beg atau kocek baju atau seluar. Sememangnya powerbank yang harus dimiliki oleh setiap pemilik gajet dan sangat berbaloi dengan harga.
Power R85-2541M-2 Sport Shoes
Mampu milik dan berbaloi
Kasut sukan yang baik daripada segi harga dan kualiti. Harga yang ditawarkan berpatutan dan mampu milik. Selain itu, ia juga tahan lasak dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan sukan, ia selesa dipakai dan tidak kurang memberi impak pada kaki pemakai. Sangat dicadangkan bagi mereka yang mencari kasut sukan dengan harga yang berpatutan dan berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.