Xiaomi 5000mAh Mi Power Bank
Ringan dan mudah dibawa
Hampir setahun saya menggunakan powerbank daripada Xiaomi ini dan amat puas hati terhadap produk ini. Tiada sebarang masalah dan cable yg disediakan tahan lama. Saya boleh mengecas dua kali phone xiaomi redmi note 4 saya menggunakan powerbank ini ketika kuasanya dalam keadaan penuh. Strictly recommended.
Acer Aspire ES1-132
Mudah dibawa dan tahan lasak.
Lebih 3 tahun menggunakan laptop ini dan ianya tahan lasak. Beberapa kali terjatuh dan tidak mengalami kerosakan. Bateri pun tahan lama. Sesuai digunakan semasa belajar dan juga semasa kerja. Design juga sesuai untuk situasi semasa belajar dan kerja. Kekurangannya ialah tak synchronise bila ada dua account untuk satu laptop.
Sony ZX110 Headphones
Bass memang superb!
Saya salah satu pengguna headphones daripada Sony memang tidak nafikan kehebatan produk buatannya. Saya juga gemar headphones yang mempunyai bass yang padu dan produk ini telah memberikan kepuasan kepada gegendang telinga saya. Produk ini juga mudah dibawa kerana boleh dilipat. Dengan harga yang berpatutan saya dapat kepuasan.