Clinelle WhitenUP Brightening Day Cream SPF20
Mencerah dan melindungi kulit
Saya telah lama menggunakan clinelle whitenup brightening day cream spf20 ini. Selain mampu mencerahkan dan melembabkan kulit muka saya Ia juga melindungi kulit saya dari sinar uv. Krim ini tidak memberikan kesan berminyak pada kulit muka dan amat sesuai untuk orang yang mempunyai jenis kulit berminyak.
Clinelle Deep Cleansing Water
Menanggalkan makeup dengan mudah
Clinelle deep cleansing water membantu menanggalkan makeup dan minyak dimuka dengan mudah. Kulit menjadi lebih bersih dan bebas minyak. Ia amat memudahkan saya ketika ingin menunaikan solat kerana tidak perlu menggambil masa yang lama untuk menanggalkan makeup.
Clinelle WhitenUP Brightening Toner
Toner pencerah kulit wajah
Salah Satu produk yang amat bagus kerana mampu mencerahkan kulit wajah saya. Pada masa yang sama dapat membantu mengecilkan pori pori. Tidak memberikan rasa pedih dan kulit tidak terasa kering selepas menggunakan toner ini.