Combi Toothbrush step
Pilihan terbaik untuk anak tersayang!
Anak ketiga saya mulai menggunakan berus gigi combi semasa dia berumur 4 bulan. Pada permulaannya, saya khuatir kerana bimbang bayi saya akan meragam. Saya terkejut kerana bayi saya selesa dan menyukainya. Getah pada permukaan berus gigi combi seolah-olah 'mengurut' gusi bayi. Bayi saya juga suka mengigit berus gigi tersebut apabila saya memberus giginya (bayi saya berusia 10 bulan sekarang). Saya gembira kerana bahagian mulut bayi saya bersih dan tidak mempunyai sisa-sisa susu atau makanan pada permukaan mulutnya. Saya mengesyorkan berus gigi ini kepada ibu-ibu di luar sana.
Pureen Kid Toothpaste (Flouride Free)
Ubat gigi yang berjaya memikat hati si manja.
Saya membeli ubat gigi pureen ini kerana percaya bahawa ubat gigi ini selamat untuk anak-anak saya. Anak-anak saya telah menggunakan ubat gigi ini lebih dari 3 tahun dan mereka menyukainya. Perisa kegemaran mereka ialah strawberi dan ubat gigi ini sememang berjaya memikat hati mereka untuk memberus gigi setiap pagi dan malam.