CHAMPS C VITAMIN C WITH LYSINE TAB 100’S
Selera makan semakin bertambah
Anak saya mempunyai selera makan yang kurang. Saya telah mencuba pelbagai produk dalam bentuk liquid dan tablet. Tetapi tidak ada yang memberikan kesan yang diinginkan. Champs adalah pilihan terakhir saya kerana telah buntu mencari.
Mulanya anak saya tidak mahu mengunyah tablet ini. Tetapi setelah beberapa hari, ia semakin boleh menerima. Saya dapati tiada juga perubahan terhadap selera makannya. Tetapi saya mula nampak perubahan selera makannya yang semakin bertambah selepas penggunaan hampir separuh botol dan hingga kini kami masih meneruskan penggunaannya terhadap anak kami dan menjarakkan pengambilan kerana selera makan beliau telah semakin meningkat.
Dutch Lady Nutriplan
Menambah baik sistem penghadaman
Anak saya pada awalnya menggunakan susu formula berjenama yang agak mahal tetapi pembuangan air besar tidak konsisten. Saya telah berjumpa pakar dan disarankan untuk menggunakan susu jenama lain yang harganya juga tidak mampu milik untuk jangka masa yang lama. Anak saya masih mengalami masalah pelawasan.
Saya mengambil inisiatif untuk membeli susu formula yang lebih berpatutan iaitu dutchbaby dan seterusnya dutchlady hingga kini. Sistem penghadaman nya kini lebih baik. Sehingga kini kami masih mengekalkan susu dutchlady 2~4 honeo untuk beliau dan akan terus menggunakannya.
Scott’s Emulsion Orange
Kekerapan dijangkiti demam semakin berkurang
Semenjak anak saya memasuki alam Taska, beliau kerap dijangkiti demam dan selesema. Tambah membingungkan apabila setiap kali dilanda demam dan selesema, mengambil masa yang lama untuk pulih. Norma kehidupan di Taska, anak~anak pastinya terdedah kepada jangkitan penyakit dari rakan~rakan.
Saya mencuba scott`s selepas dicadangkan oleh ibu saya. Penggunaan botol pertama sahaja telah menunjukkan kesan yang positif. Sehingga kini anak saya menggunakannya dan beliau kini sangat jarang dijangkiti demam selesema kerana sistem antibodi nya kini lebih kuat ???