LUCIDO-L Argan oil Rich Moisture
melembut dan melembapkan rambut kering
saya sukakan produk ini kerana ia membantu rambut saya lebih bermaya dan melembutkan rambut saya. ia juga mengurangkan keguguran rambut saya. sebelum ini saya dapati banyak rambut gugur semasa menyikat rambut. selepas beberapa kali penggunaan hasilnya sangat memuaskan. saya mengesyorkan orang ramai menggunakan produk ini untuk merawat rambut kering dan gugur.
Good Virtues Co. Radiant & Renewing Anti-Aging Hand & Body Lotion
wangi dan menenangkan
bauan dari losyen ini sangat wangi dan menenangkan. melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak kering. saya membawa losyen ini kemana sahaja sebab ada saiz yang kecil dan yang besar.
L’Oreal Paris Keratin Smooth Shampoo 650ml
rambut lembut,licin dan teurus
sangat sesuai untuk rambut kering,kusam dan gugur.saya sangat suka mengunakan syampoo ini kerana sangat wangi, melembutkan rambut, mengurangkan rambut kusut dan mengurangkan keguguran rambut.