Fresh & White Extra Fresh Applemint
Nafas segar
Saya suka produk ini terutama pada baunya yang segar. Ada essence epal+ mint. Harganya kompetitif dengan produk yang lain dan ada ciri-ciri tarikan seperti percuma 50g bagi pek besar. Ini sangat sesuai untuk keluarga. Cuma tiub produk ini perlu ditambah baik kerana selalu pecah di bahagian muncung.
Bio-essence Tanaka White Double Whitening Cleansing Foam
kulit tidak kering
Saya telah menggunakan produk ini lebih daripada 2 tahun. Pencuci ini tidak mengeringkan kulit dan muka tidak terasa tegang seperti sesetengah produk pencuci muka. Harganya agak berpatutan dengan kualiti produk. Selepas mencuci, sangat sesuai jika dipakai dengan Tanaka-White Advanced Whitening Refiner.
Himalaya Protein Shampoo – Extra Moisturizing
Gentle Care
Saya memilih syampu ini kerana ia lembut dan boleh digunakan hari-hari. Sangat sesuai dengan saya yang bersukan dan banyak berpeluh. Sebelum ini saya menggunakan produk himalaya anti-dandruff tetapi tidak sesuai digunakan setiap hari kerana menyebabkan rambut kering. Pada saya harganya mahal sedikit dan hanya boleh didapati di drugstore terpilih sahaja.