Revlon Colorstay Makeup 310 Warm Golden
kualiti lebih dari harga
Saya seorang pengguna foundation yang mahal2 sebelum ini, Bagi saya lebih mahal sesuatu barang itu, maksudnye lebih berkualiti, tapi saya sedar saya silap apabila membeli dan memakai Revlon Colourstay Makeup foundation, hanya dengan sapuan nipis sahaja, ianya tahan sehingga lebih 12jam. Kini saya telah berkongsi pandangan kepada sesiapa sahaja yang bertanya foundation apa yang bagus kepada saya, kerana saya yakin mereka juga akan menyukainya.
Sudocream Nappy Rash Cream
Tiada lagi masalah ruam pada bayi
sebelum mencuba sudocream, pelbagai jenama saya telah cuba, ianya tidak berkesan pada anak saya yang mudah berpeluh, kemudian kakak ipar saya perkenalkan pada saya sudocream.. hanya dengan sapuan yang nipis sahaja, tiada lagi ruam pada punggung dan pelipat2 anak saya. Ianya boleh diguna di semua tempat yang mudah tumbuh ruam.
Silkygirl Expert Brow Super Liner 02 Dark Brown
Senang dibentuk.
Bahagian yang saya paling cerewet sekali bila bersolek ialah kening. Terutama bila kening yang terlampau gelap akan menampakkan muka saya garang, Saya amat sukakan Silkygirl Expert Brow Super Liner 02 Dark Brown kerana warnanya yang lembut dan mudah keluar tanpa perlu menekan matanya ke kulit, mudah diratakan dan mudah dibentuk, ia juga lengkap dengan berus perapi di bahagian bawah.