Alpha AS-2i Plus RainShower
pilihan saya
Mempunyai Alpha Rainshower merupakan penyelamat waktu pagi saya. Anak-anak perlu mandi awal pagi untuk ke sekolah. Semestinya air hangat menjadi pilihan kami untuk memulakan hari dengan ceria. Produk ini sangat mesra pengguna sehinggakan si kecil saya boleh mandi tanpa pantauan saya. Ia juga tanpa bunyi yang kuat ketika operasi. Dengan sistem dc pump sangat membantu ketika kami menghadapi tekanan air yang rendah. Sistem keselamatan yang wujud padanya membuatkan saya yakin dengan produk ini. Sangat disyorkan.
Hitachi 1.0HP Air Sleep Air Conditioner
penyaman udara yang bagus
Saya telah menggunakannya selama lebih 2 tahun untuk bilik tidur saya. Dengan fungsi air sleep membuatkan tidur malam saya lebih lena dan selesa tanpa sebarang gangguan bunyi. Dengan fungsinya yang pelbagai memudahkan saya untuk membuat penyesuaian suhu mengikut apa yang saya kehendaki. Tinggal di kawasan garisan khatulistiwa sangat tidak selesa tanpa penyaman udara. Hitachi pilihan saya.
Dell Inspiron 11 3000
tahan lasak
Apa yang saya paling suka ialah kualitinya yang tip top. Saya sukakan laptop yang tahan lasak dan ini pilihan saya. Saya berhujan berpanas, naik turun bas, tren, teksi dengan si buah hati saya ini. Pernah terjatuh, terhempas, tertinggal tp masih berfungsi seolah tiada apa yang jadi. Harga yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti. saya sangat sukakannya.