Nestle Koko Crunch
Bentuk bijirin yg berbeza
Koko krunch memang pilihan no1 untuk sarapan keluarga saya. Rasa bijirin coklat yg pekat dan rangup. Tetapi, saya lebih sukakan bentuk bijiran yg melengkung/ bentuk C keluaran dahulu berbanding bentuk beruang yg agak leper. Kerana bentuk bijiran yg kini kurang rangup. Tapi rasanya tetap sama dan sedap.
Milo Can
Milo berkrim pekat dan sedap
Milo selalu rasa berbeza sama ada milo tin , milo kotak, milo van, milo kedai mamak. Ada banyak variasi milo sebenarnya. Untuk rasa milo yang pekat berkrim, milo tin ini tak pernah mengecewakan. Bila diminum sejuk memang sangat sedap.
Cetaphil Baby Daily Lotion
Losyen terbaik utk anak saya
Anak sy mengalami 'mild eczema' dan kulit kering. Losyen ini sangat membantu untuk melembabkan kulit anak saya. Tetapi ia tidak mampu mencerahkan kulit hitam yg kering itu. Selepas memakainya selama setahun, kulit anak saya tidak lagi kering dan pulih daripada eczema. Sy mengesyorkan losyen ini buat bayi yg mengalami masalah yg sama.