Cap Limau Yu Yee Oil
Melegakan kesakitan
Minyak ini sangat sesuai digunakan bagi melegakan ketidak keselesaan perut bukan sahaja untuk orang dewasa tapi turut sesuai digunakan kepada bayi.Dengan bentuk yang kecik dan ringkas dan ringan ianya mudah dibawa kemana sahaja.tetapi adalah lebih baik sekiranya rekabentuk botol bukan didalam kaca ini kerana ianya mudah pecah sekiranya terjatuh.walaupun packaging disediakan dalam botol besi tetapi ianya adalah tidak sesuai kerana akan menyebabkan penggunaan ruang simpanan yang banyak.keseluruhannya minyak ini banyak memberi manfaat kepada si pemakai.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Bukan tisu basah biasa
Dari usia remaja hingga memiliki anak saya menggunakan tisu ini.tisu ini hrga sangat murah disamping mempunyai pelbagai kegunaan.teksturnya yang lembut dan cepat menyerap memudahkan lagi penggunaannya.kenapa ianya bukan tisu basah biasa ini kerana saya gemar menggumpulkan penutup tisu yang bersaiz besar kemudian menghasilkan pemainan untuk anak saya.jika anda kreatif pelbagai pemainan yang dapat dihasilkan.