Playgro Fun Friends Choo Choo Train
COMEL
Playgro Fun Friends Choo Choo Train ini sungguh menarik. Haiwan-haiwan yang menaiki kereta api ini sungguh comel. Warnanya sungguh ceria dan berwarna-warni. Ia juga mempunyai lampu dan muzik membuatkan kanak-kanak tertarik dan ingin bermain dengannya. Mainan ini boleh dibawa ke mana sahaja.
Cheekaaboo Sunshade Flamingo Baby Float
SUNGHUH MENARIK
Cheekaaboo Sunshade Flamingo Baby Float ini sungguh menarik. Rekabentuknya sungguh cantik. Ia ada bumbung yang boleh melindungi bayi dari sinar matahari. Ianya adalah pelampung yang selamat untuk bayi. Di bahagian tengahnya terdapat penahan kaki yang boleh menahan bayi dari lucut dari pelampung. Jadi bayi tidak dikuatiri tenggelam. Pelampung ini sungguh berkualiti dan tahan.
Woohoo Creative Toy Organizer
MENARIK
Woohoo Creative Toy Organizer sangat menarik. Ia dapat membantu si manja menyimpan barang mainan dan buku-bukunya selepas habis main. Bilik si manja akan menjadi kemas dengan adanya rak ini. Selain itu, ia berwarna warni. Warna itu dapat membantu si manja untuk meletakkan di mana tempat yang sepatutnya mainannya disimpan atau dikelaskan. Sungguh menarik rak ini.
Bright Starts First Bites Stage Teether Stage 3
SESUAI UNTUK BAYI GATAL GUSI
Bright Starts First Bites Stage Teether Stage 3 ini sangat sesuai untuk bayi yang sedang dalam proses nak tumbuh gigi. Bila nak tumbuh gigi, gusi bayi akan merasa gatal dan mereka rasa nak menggit sesuatu. Jadi teerher ini sangat sesuai untuk mereka. Selain itu, bentuknya sangat comel dan warnanya sungguh ceria. Si manja pasti tertarik untuk menggigitnya. Teether ini juga mudah dicuci dan dijaga.
Bright Starts Wrist Rattles Set
COMEL
Bright Starts Wrist Rattles Set ini sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Rupa dan bentuknya sangan comel. Warnanya sungguh ceria dan berwarna warni. Ianya juga selamat untuk si manja kerana ia diperbuat daripada kain. Ianya juga sungguh berkualiti. Apabila dilekatkan di pergelangan tangan si manja, ia tidak mudah untuk ditanggalkan kerana mempunyai pelekap tarik. Ibu tidak perlu risau ia tidak mudah tercabut dengan sendirinya. Si manja pasti seronok bermain dengannya.
Oball Shaker
MENYERONOKKAN
Oball Shaker ini adalah mainan yang sangat sesuai untuk bayi kerana bayi sangat suka memegang dan mendengar bunyi-bunyian. Oball Shaker ini akan menghasilkan bunyi apabila digoncang. Ianya juga mainan yang sungguh selamat untuk si manja. Bentuknya sangat menarik dan warnanya sungguh ceria. Ia dapat membuatkan si manja tertarik dengannya. Mainan ini boleh dibawa ke mana sahaja. Si manja pasti tidak akan berasa bosan dan ia sungguh menyeronokkan.
Skip Hop Explore & More Follow-Bee Crawl Toy
RECOMMENDED
Skip Hop Explore & More Follow-Bee Crawl Toy ininadalah mainan yang sungguh menarik untuk si manja. Ianya boleh bergerak dan mempunyai 3 peringkat yang sesuai untuk si manja yang sedang belajar merangkak. Selain itu, bentuknya sungguh comel. Warnanya juga sangar ceria dan berwarna warni. Ia tersedia dengan lagu dan lampu yang dapat membuatkan si manja lebih seronok bermain dengannya.
Playgro Grow With Me Garden Gym
MENARIK
Playgro Grow With Me Garden Gym sungguh menarik. Ia sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Ia mempunyai mainan yang tidak akan membuatkan si manja bosan apabila baring. Warna dan coraknya sangat ceria dan berwarna-warni dan ia juga mempunyai muzik membuatkan si manja tertarik dengannya. Si manja pasti seronok bermain dan kerja ibu pasti lebih maudah bila adanya Playgro Grow With Me Garden Gym ini.
Playgro Wriggling Baby Sports Balls 3pk
MENARIK
Playgro Wriggling Baby Sports Balls 3pk sungguh menarik. Terdapat 3 bentuk dan warna yang berbeza. Ianya mainan yang lembut dan selamat untuk si manja. Ia mempunyai pengepit yang memudahkan ia digantungkan di stroller. Si manja pasti tidak berasa bosan duduk di dalam stroller bila ada mainan ini.
Playgro Musical Farm Friend
MAINAN YANG MENYERONOKKAN
Playgro Musical Farm Friend ini adalah mainan yang menyeronokkan untuk si manja. Ia sesuai untuk bayi 12 bulan ke atas. Ia berbentuk lembu. Sungguh comel. Si manja pasti tertarik dengan mainan ini kerana warnanya sangat ceria dan berwarna-warni. Ia mempunyai roda, boleh bergerak dan mempunyai lagu apabila ditekan. Ia juga sungguh berkualiti dan tahan lasak.
Artiwood Wooden Puzzle
TAHAN
Artiwood Wooden Puzzle ini sungguh tahan kerana ia diperbuat daripada kayu. Puzzle tidak akan cepat rosak. Selain itu, ia adalah mainan yang menyeronokkan kerana berbentuk ikan lumba-lumba. Si manja pasti seronok untuk mencantumkan puzzle tersebut menjadi ikan lumba-lumba yang lengkap. Warnanya sungguh menarik dan ceria serta ianya mempunyai nombor. Si manja boleh bermain sambil belajar nobor. Ia adalah mainan yang dapat membantu perkembangan otak si manja.
Playgro Jungle Wrist Rattle and Foot Finder
COMEL
Playgro Jungle Wrist Rattle and Foot Finder ini sungguh comel sesuai dengan kecomelan si manja. Stokin ini mempunyai bentuk-bentuk haiwan dapat menarik perhatian si manja dari menangis. Si manja pasti berasa seronok bermain dengannya. Selain itu, warnanya sangat ceria dan bentuknya sangat comel membuatkan si manja tertarik dengannya.
Playgro Play In The Park Gym
Recommended
Playgro Play In The Park Gym ini sangat membantu ibu dalam melakukan kerja harian terutamanya. Ia tersedia dengan mainan membuatkan bayi berasa seronok bermain dengannya. Hal ini memudahkan kerja ibu terutamanya dalam menukarkan lampin mereka. Selain itu, ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor atau outdoor dan ianya mudah dibawa. Warna dan coraknya sungguh menarik dan ceria.
Anakku Giraffe Maracas
BAYI SUKA BUNYI
Bayi sangat suka kepada bunyi-bunyian. Anakku Giraffe Maracas sangat sesuai untuk mereka. Bentuk dan rekabentuknya sangat comel. Selain itu, warnanya sungguh ceria dan menyerlah dapat menarik perhatian bayi. Si manja pasti seronok menggoncangkan maracas ini sambil mencari arah bunyi. Mainan ini juga sangat membantu dalam perkembangan otak si manja.
Playgro My First B & W Soccer Ball
SELAMAT UNTUK BAYI
Playgro My First B & W Soccer Ball ini sangat sesuai dan selamat untuk bayi kerana materialnya lembut. Bayi tidak akan berasa sakit apabila terkena bola ini. Selain itu, warnanya hitam dan putih seperti bola sebenar. Si manja pasti sangat suka bermain bola ini.
Playgro On The Go Stroller Mobile
MENARIK
Playgro On The Go Stroller Mobile ini sungguh menarik. Terdapat beberapa anak patung yang berbeza bentuk dan jenis, warna yang menarik dan ceria membuatkan si manja seronok bermain dengannya. Selain itu, yang paling saya suka ia terdapat klip besar membuatkan ia mudah diletak atau disangkut di mana-mana. Si manja pasti seronok melihat patung-patung mainan yang comel ini berpusing-pusing.
Vtech Soft N Spin Helicopter D2
SANGAT BAGUS
Vtech Soft N Spin Helicopter D2 ini adalah mainan yang sangat bagus untuk si manja. Ia dapat meningkatkan kecerdasan otaknya. Si manja pasti seronok. Sambil bermain sambil berfikir bagai mana cara nak masukkan bentuk-bentuk di tempat yang sesuai. Selain itu, warnanya sungguh ceria dan menarik. Ia menambahkan lagi minat simanja untuk bermain mainan ini.
Bruin My First Cruiser
Recommended
Si manja saya sangat suka bermain stering kereta. Dengan adanya Bruin My First Cruiser ini sangat membantu saya dan suami dalam menangani masalah stering. Mainan ini menyerupai stering kereta sebenar yang membuatkan si manja tertarik untuk bermain dengannya. Selain itu, ia tersedia dengan butang dan lagu. Si manja pasti seronok berimaginasi memandu. Terbaik.
LeapFrog My Pal Scout
COMEL
LeapFrog My Pal Scout ini sungguh comel. Ianya tidak merbahaya kepada bayi kerana ianya lembut. Yang menariknya kakinya boleh mengeluarkan bunyi-bunyian. Si manja pasti sangat teruja bermain dengannya. Cuma saya agak terkilan, mainan ini seekor anjing, boleh tak cipta kucing? Seorang Islam tak elok mainan anjing.
Little B House Cloth Book – Where Is My Little Tiger
LEMBUT
Little B House Cloth Book – Where Is My Little Tiger ini diperbuat daripada kain. Ianya lembut. Buku ini selamat daripada si manja daripada terkoyak. Si manja juga boleh menggigitnya. Buku ini sungguh menyeronokkan. Warnanya sungguh menarik dan ceria. Si manja boleh belajar sambil menggigit buku ini.