Total Image Smelly-No-More Roll On
Tiada bau ketiak, tanpa bahan kimia jahat.
Selama ini kita pakai deodorant yg menutup liang peluh untuk buat ketiak kita kurang berbau, tetapi dengan bahan asli dan semulajadi tanpa bahan kimia jahat dan terlarang pun boleh buat ketiak kita tidak berbau. Sangat puas hati, tanpa bau, tanpa minyak, tanpa alkohol kandungan natural yg alami dari potassium sulphate buat ketiak tidak berbau tanpa bahan terlarang. Sangan syorkan buat semua, cubalah. Roll banyak banyak pun tahan lama.. Lebih dari 3 bulan penggunaan untuk satu roll pakai siang dan malam. ?
HASK ARGAN OIL REPAIRING SHAMPOO
Sangat memuaskan
Saya mengalami masalah rambut gugur yang banyak dan juga berkelemumur. Saya cuba dengan trimming rambut setiap bulan mengikut petua org tua. Selain itu saya gunakan minyak rambut argan hask. Sangat2 membantu. Bukan sahaja kurang rambut gugur, hask argan oil buat rambut lebih lembut, terurus, bau yang wangi. Selepas pakai minyak argan hask, yg terlekat pada tapak tangan buat tapak tangan lembut, kiranya 2 dalam satu. Saya suka, dan sangat syorkan untuk sesiapa mencuba.
Daia Fabric Softener Bio Scent Morning Mist
Bau segar walaupun cuaca tak panas tanpa matahari
Bukan sahaja melembutkan fabrik, memudahkan untuk mengosok pakaian, tapi bau dia wangi tak hilang.. Rasa segar, nyaman je.. Semangat bila bersiap.