Shokubutsu Moisture Fresh Floral Bloom Shower Foam
Wangi, Tidak Melekit dan Melembutkan Kulit
Menggunakan Shokubutsu Fresh Floral Bloom akan memberi bau wangi yang kekal berpanjangan dan tekstur gelnya yang sangat lembut bila terkena kulit. Tidak melekit dan membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan lembap. Tidak perlu ragu untuk digunakan berulang kali. Wajib dibuat stok kerana takut habis di pasaran.
DKNY Donna Karan New York Eau De Parfum Spray Vapourisateur 100ML
Kekal Harum
Perfume DKNY memberikan haruman yang kekal sepanjang hari dan membuatkan diri lebih yakin melakukan aktiviti seharian tidak kira di mana juga berada dan dengan pelbagai keadaan cuaca.
Pembelian yang sangat berbaloi dan tidak rugi untuk dimiliki seterusnya tanpa perfume DKNY, tiada keyakinan untuk bekerja
Labour Dishwashing Liquid
Murah tetapi cepat habis
Pencuci pinggan mangkuk Labour sesuai kepada mereka yang mementingkan harga yang murah. Perlukan penggunaan yang lebih kerana tidak banyak buih dan kurang berkesan untuk bekas yang berminyak. Pencucian berulang kali diperlukan untuk menghilangkan kesan degil dan bau.