Garnier BB Cream Miracle Skin Perfector 18ml SPF21/PA++
Produk best gila!
Bb cream ni memang best kalau pakai. Tekstur yang ringan macam tak apply apa-apa dekat muka. Muka maintain fresh sampai petang, glowing. Sangat in love dengan Bb cream ni. Senang bawa pergi mana-mana. Harga pun affordable.
Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo
Sesuai untuk rambut gugur
Himalaya hair fall sangat sesuai dengan saya, selepas menggunakannya rambut saya kurang gugur dan rambut saya makin lebat tak seperti sebelum ini.Pernah juga cuba produk hair fall lain tapi tak sesuai dan masalah rambut gugur masih ada. Saya sangat mengesyorkan kepada yang mengalami masalah keguguran rambut utntuk mencuba hairfall himalaya ini.
NIVEA In Shower Whitening Body Lotion
Soften Skin
Nivea in shower menjimatkan masa bagi orang yang sibuk dan tak sempat nak apply lotion. Nak pakai lotion pun selalu nya dekat tangan. So bila nivea keluarkan lotion in shower ni memang best, dapat pakai whole body after shower. Benefit sama macam apply lotion biasa. Kulit sentiasa lembut, cantik dan wangi sentiasa.