Mamee Mister Potato
Snek kegemaran saya walau semasa bekerja
Mister Potato Crisps adalah snek kegemaran saya semasa menonton wayang, mendengar muzik, menonton televisyen, mahupun sedang bekerja. Boleh dikatakan, walau di mana saya berada, saya pasti membawa snek kegemaran saya ini bersama ?. Rasa yang sedap, rangup dan sedikit mengenyangkan membuatkan saya tidak puas menikmati keenakannya ??. Saya amat suka akan perisa tomato dan barbeque. Tetapi, saya lebih suka tomato. Bau tomato yang datang daripada setiap potato itu membuatkan saya 'ketagih' untuk manikmatinya lebih lagi. Tetapi, saya sedikit kecewa kerana kandungan garam yang dimasukkan terlalu banyak. Oleh itu, saya perlu menghadkan pengambilan snek ini. Dalam tempoh 1 bulan, saya cuma perlu mengambilnya tiga hingga lima kali sahaja bagi mengawal gandungan garam yang berlebihan dalam badan. Saya telah mencuba produk potato daripada jenama-jenama yang lain. Ternyata, Mister Potato Crisps menjadi pilihan saya kerana rasanya yang sedap. Perisa tomato pilihan saya ??.
belVita Milk & Cereal
pastikan Belvita bersama saya
Ya. Saya akan memastikan biskut Belvita selalu ada bersama saya. Semasa sarapan pagi, saya mengambil 2 pek biskut Belvita kerana saya percaya akan nutrisi-nutrisi yang telah dirumus khas untuk menjadikan setiap pagi saya adalah hari yang bertenaga. Ia dipekkan dalam pek individu sangat memudahkan saya untuk bawa ke mana-mana sahaja. Dan saya boleh makan begitu sahaja kerana ia mudah dibuka. Ia dibakar secara perlahan sebab itulah ia sangat rangup dan memang saya sangat-sangat suka. Saya sangat suka perisa susu & bijirin. Kerana saya suka akan bau susu pada biskut semasa saya hendak menyuap ke dalam mulut. Memang sangat menyelerakan. Saya bagi 5 bintang. Kerana saya tidak pernah menemui produk biskut yang sangat sedap sebegini, yang dibakar secara perlahan, dan yang mengandungi 8 vitamin dan zat galian yang penting untuk memulakan hari saya. Saya pilih Belvita Breakfast untuk memulakan hari saya.
Quaker Oatmeal Instant
mulakan hari dengan Oat
Hari saya akan lebih bermakna apabila saya mengambil Quaker Oatmeal Instant semasa sarapan pagi saya. Penyediaan yang ringkas tetapi mampu memberikan tenaga yang cukup untuk keperluan badan saya supaya saya lebih cergas untuk melakukan aktiviti harian. Didatangkan dengan bijirin penuh dan baik untuk kesihatan jantung jika diamalkan. Dengan harga yang berpatutan, saya tidak kesah untuk membelinya setiap kali stok saya habis. Kerana kesihatan jantung saya lebih penting. Quaker Oatmeal Instant menjadi produk terbaik untuk kesihatan jantung saya.