Adabi Thai Soup Paste

4.8

(4 Reviews)

5 stars 3
4 stars 1
3 stars 0
2 stars 0
1 stars 0

Sup siam mudah disediakan

5.0
Untuk dapatkan rasa sup siam yang paling hampir, saya gunakan perencah adabi ini. Hanya tambahkan tomato hiris, batang saderi, cili api untuk rasa pedas dan hirisan daun sup. Memang seperti sup siam di kedai. Mudah, cepat dan lazat dengan perencah ini.

Tiada masalah untuk memasak lagi

5.0
Adabi Thai Soup Paste favorite Saya especially buat bihun sup...terasa masam semua cukup... Jika direneh dgn tulang ayam or kaki ayam sgt sedap... Sy juga pernah sediakn bubur nasi menggunakan Adabi Thai Soup Paste ..

Sup thai segera

4.0
Suami saya sangat gemarkan sup thai. Jadu bila dia nampak pes perencah sup siam adabi ni apa lagi dia borong la. Sama seperti yg dinyatakan pd bungkusan segera lagi selera. Berselera suami makan. Tak perlu tumis pun. Pes pun senang nak dikeluarkan dr bungkusan sbb agak berminyak. Bila masuk dalam air warna agak gelap. Mula2 masak saya agak2 je air tp agak kurang menjadi kerana tawar sedikit. Lepastu ikut sukatan memang sedap. Oh ya tak perlu tambah garam perasa bagai lagi. Cuma rasa kurang kaw dan tak berapa masam. Agak ringan dimulut. Tapi masih boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2.

kegemaran sekeluarga

5.0
saya menggunakan perencah sup siam sudah lama. Dulu harga hanya rm0.99. sekarang sudah naik harga. mungkin rempahnya sudah mahal. perencah ini amat sedap. ia membangkitkan rasa rempah dan sup ayam atau daging. jika di tambah dengan daun ketumbar lagi menaikkan selera kami sekeluarga. 1 paket ini boleh menyediakan 1 hidangan kepada kami. tidak perlu menumis..
hanya perlu merebus daging atau ayam dan tunggu sehingga empuk. cara penyediaan juga amat mudah. orang yang tidak pandai masak seperti saya juga boleh memasak. tidak perlu masuk kan perasa lagi. 1 paket ini cukup lengkap mengandungi segala perasa masakan.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review