Adabi Spicy Sambal Belacan

3.5

(6 Reviews)

5 stars 2
4 stars 2
3 stars 0
2 stars 1
1 stars 1

Sedap dan mudah digunakan

5.0
Mudah dan cepat jika menggunakan Adabi Spicy Sambal Belacan xperlu menumbuk bahan2 sambal belacan...menjimatkan masa... adakalanya saya akan buat colek dengan tambah gula dan kicap ketika makan buah jambu mmg sedap!

Sedap dan pedas

5.0
Saya sekeluarga suka produk adabi spicy sambal belacan ini. Pedas yang sekata. Seperti sambal belacan orang dahulu kala. Memang terbaik produk ini. Harga nya berpatutan dan mudah di dapati di pasaraya. Sedap di cicah dengan ulam dan ikan bakar. Sekarang saya tidak perlu susah2 menumbuk lada belacan dengan adanya produk ini. Lagipun saya mempunyai anak kecik. Agak susah untuk membuat sambal. Dengan adanya produk ini ia menyenangkan kerja dapur saya.

Belacan instant ?

4.0
Adabi Spicy Sambal Belacan rasa agak masam dan saya suka cmpurkan dengan cili yang saya blend serta sedikit belacan yang saya bakar agar rasa lebih sedap .. untuk masak nasi gorang juga lebih mudah dengan Adabi Spicy Sambal Belacan, tambah kesedapan nasi goreng serta bau lebih menyelerakan...makan dengan nasi panas2 dan ulam cukup lengkap dan berselera... Saya juga selalu bawa Adabi Spicy Sambal Belacan bersama ketika travel mudah disediakan dan dibawa kemana-mana..

Ketagih

4.0
Siapa2 yg belum rasa sila lah beli. Kami sekeluarga semakin ketagih dgn sambal belacan adabi. Perisa asli tradisional ni pun cukup power dah. Buka2 bekas tinggal ngap je. Senang dan mudah. Cukup rasa pedas. Senang nk simpan dan bawa bekal semasa travel. Sealed tu sangat secure sampai kena tebuk dgn pisau. Mcm xde guna je buat plastik penarik sealed tu. Yg lain2 okeh je

Sambal belacan adabi

2.0
Merupakan kali pertama saya membeli sambal belacan segera..jenama adabi pilihan saya..tapi, rasanya kurang enak dan bau tak best..sekarang, untuk habiskan sambal belacan yang ada, saya guna untuk goreng sayur atau nasi goreng..

Kurang pedas kurang sedap

1.0
Bagi padangan saya, sambal ini kurang pedas dan rasa masin, tak sesuai untuk ulam dan ikan goreng. Saya yang suka makan sambal belacan, sampai tak boleh habiskan walaupun hanya ambil 2 sudu sahaja. Sorry ya, below expectation.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review