Masalah kesuburan baik lelaki mahupun perempuan bukanlah perkara yang asing lagi berlaku kepada pasangan yang sudah berumah tangga. Hal ini bahkan dirumitkan lagi dengan faktor ketidaksuburan individu mempunyai punca yang pelbagai antaranya seperti umur, berat badan, gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan tertentu, dan pelbagai lagi. Artikel pada kali in, kami akan kongsikan kepada anda beberapa pilihan klinik rawatan kesuburan IVF di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin boleh membantu anda dan pasangan dalam mencari solusi dengan rawatan yang ada untuk mendapatkan zuriat.
1. Ever Link Fertility Centre
Klinik rawatan kesuburan IVF yang sangat dikenali di Selangor adalah Ever Link Fertility Centre. Ia mempunyai pengalaman hampir 4 tahun dalam industri perniagaan klinik perubatan reproduktif / kesuburan dan obstetrik & ginekologi bagi masyarakat sekitar Selangor.
Lokasi klinik ini sangat strategik berhadapan dengan Bangunan 3 di UOA Business Park. Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti kemudahan OKU, lalua kerusi roda, kawasan menunggu, bilik menukar pakaian, restoran dalam klinik, restoran berdekatan, bilik sembahyang, wifi, dan banyak lagi. Memang selesalah bila pelanggan berkunjung ke sini.
Malah harga setiap servis juga sangat berpatutan. Selain rawatan kesuburan IVF, Ever Link juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti permanian beradas, pembuahan in vitro – suntikan sperma intracytoplasmic (IVF – ICSI), permindahan embrio, pembekuan tekur, induksi ovulasi, IVF Mini, diagnosis sebelum implantasi genetik, dan banyak lagi.
Alamat: Unit G-2 Level Ground, The Podium Tower 3, UOA Business Park, No 1, Jalan Pengaturcara U1/51a, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am – 4.30pm & 9am – 12.30pm)
Laman sosial: Website | Facebook
2. Dato Dr Niraj’s Women’s Specialist Clinic
Mempunyai pengalaman selama hampir 23 tahun. Dato’ Dr Mohammed Niraj Bin Mohammed Feizal merupakan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Dato Dr Niraj’s Women’s Specialist Clinic.
Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang sedikit berbeza untuk rawatan kemandulan termasuklah IVF, induksi ovulasi, rawatan pelekatan, IVF (konsultasi pembuahan in vitro), permanian beradas, pemindahan embrio, tertunjuk intrauterine (IUI), dan sebagainya.
Alamat: Suite 21, Ground Floor, Assunta Hospital, Jalan Templer, Pjs 4, Petaling Jaya
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am -4pm, 9am – 1pm, 2pm – 4.30pm)
Laman sosial: Website | Facebook
3. Sophea Fertility Centre
Sophe adalah sebuah pusat pakar kesuburan lengkap yang memberikan servis daripada semua jenis pemeriksaan kehamilan kepada semua jenis rawatan kesuburan yang diperlukan oleh anda.
Apa yang menariknya, konsep klinik rawatan kesuburan IVF di sini lebih bersifat islamik dengan menguna pakai garis panduan syarak khusus bagi pelanggan beragama Islam. Ia menawarkan pemeriksaan kesuburan yang menyeluruh meliputi semua aspek.
Hal ini termasuklah latar belakang kesihatan, pemeriksaan fizikal serta saringan ujian darah, imbasan bunyi (ultrasound) dan pemeriksaan sperma dari air mani.
Alamat: 106, Jalan Gasing, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8am – 5pm & 8am -1pm)
Laman sosial: Website | Facebook | Instagram
4. KPJ Damansara Fertility Centre
Sebut mengenai KPJ, pasti rata-rata sudah biasa mendengarnya. Bagi yang tidak tahu, KPJ adalah syarikat yang menyediakan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.
Banyak cawanganya di merata-rata tempat termasuklah KPJ Damansara Fertility Centre khusus bagi klinik rawatan kesuburan IVF. Perkhidmatan kesuburan lain yang ada ditawarkan adalah seperti ovulation induction, surgical sperm retrieval, intrauterine insemination, in-vitro fertilization, intracytoplasmic sperm injection, dan oocyte & sperm freezing.
Alamat: G-06, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30a, – 5pm & 8.30am – 1pm)
Laman sosial: Website | Facebook | Instagram
5. Vamsam Fertility and Health Care
Vamsam Fertility and Health Care berinisiatif dengan menawarkan harapan kepada ramai pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan.
Sejak penubuhannya pada 2018, ia terus komited memberikan yang terbaik bagi menghubungkan pasangan tanpa anak dengan pusat rawatan kesuburan.
Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kesuburan untuk lelaki dan perempuan, malahh Vamsam juga ada memberikan nasihat, mengatur program kesedaran kesuburan percuma dan membimbing pasangan sepanjang proses rawatan berjalan.
Alamat: No 58, Jalan 11/10, Taman Koperasi Polis Fasa I, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm & 1pm – 6pm)
Laman sosial: Website | Facebook | Instagram
6. KL Fertility & Gynecology Centre
KL Fertility Centre adalah pusat pakar kesuburan yang dikhaskan secara eksklusif untuk membantu wanita hamil. Telah dari dua dekad dalam menyediakan kepakaran kesuburan, KL Fertility Centre kini di antara kumpulan IVF terkemuka Australia, Monash IVF untuk menawarkan teknologi terkini dalam perubatan kesuburan.
Lebih dari 20 pilihan rawatan dan konsultasi kesihatan yang boleh anda pilih termasuklah pemilihan pakar IVF yang anda mahu.
Alamat: DC MALL, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30, 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8am – 5pm & 8am – 1pm)
Laman sosial: Website | Facebook
7. Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng
Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng menyediakan perawatan IVF dan isu-isu masalah kesihatan wanita dengan diterajui oleh pakar obstetrik & ginekologi sendiri iaitu Dr. Ng Kok Chong.
Alamat: 27, Jalan Kuchai Maju 1, Jalan Kuchai Lama, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am–2pm & 4–8pm)
Laman sosial: Website | Facebook
8. Verdure Healthcare Consultancy Sdn Bhd
Satu lagi klinik rawatan IVF di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi adalah Verdure Healthcare Consultancy Sdn Bhd. Mereka bekerjasama dengan DNA Laboratories dan Genomix Lab untuk menyediakan ujian genetik ketidaksuburan.
Bahkan sejak penubuhannya pada 2004, Verdure Healthcare bekerjasama dengan 8 hospital di seluruh Malaysia untuk menjadi rakan kongsinya, menawarkan HSG, ujian sperma, ujian hormon, ujian darah, dan sebagainya.
Menariknya tentang Verdure Healthcare ini, ia mengguna pakai konsep rawatan “Integrasi Cina dan Barat” demi membantu lebih ramai pasangan memperoleh zuriat.
Alamat: 16th Floor, Wisma Uoa 2, Suite 16-1, No.21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Laman sosial: Website | Facebook
9. Mak Women & Fertility Center Specialist
Klinik rawatan IVF yang mungkin tidak ramai orang tahu ada di Jalan Kuchai Lama iaitu Mak Women & Fertility Center Specialist. Ia menyediakan perawatan dan kelengkapan yang cukup selesa untuk anda berurusan dengan pakar di sana.
Alamat: 5, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am – 12.30pm)
Laman sosial: Facebook
10. Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road
Cawangan bagi Metro IVF yang ada di Kuala Lumpur sudah semestinya Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road. Di sini, ia memberi pengkhususan untuk merawat masalah ketidaksuburan lelaki dan wanita dengan pakej-pakej harga yang berpatutan tetapi berkesan.
Alamat: 8-0, Lorong 2/137C, Off, Jln Klang Lama, Bedford Business Park, 58200 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30am – 5pm & 8.30am -1pm)
Laman sosial: Website | Facebook
Diharapkan artikel berkenaan dengan klinik rawatan kesuburan IVF ini dapat memberikan anda khususnya pasangan suami isteri di luar sana informasi yang bermanfaat dan berguna untuk mengakhiri penantian si kecil dalam dakapan anda berdua.