Zaman teknologi ini segalanya hanya dihujung jari. Sebut sahaja apa info yang diinginkan, hanya beberapa saat segala info yang dicari pasti ditemui. Pelbagai apps juga telah direka bentuk untuk menjadikan saluran komunikasi itu mudah, pantas dan tepat.
Aplikasi seperti Watsapp dan Telegram kini menjadi pendahulu pilihan pengguna dalam berkomunikasi secara di atas talian. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita sentiasa dahagakan ilmu parenting atau ilmu yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak kita.
Keibubapaan atau parenting hari ini tidak sama dengan zaman dahulu. Perubahan yang mendadak di dalam keadaan hidup kita ibarat tsunami yang memberi kesan bukan sahaja tentang corak pekerjaan kita, malah apa yang berlaku di rumah kita. Anak-anak zaman ini mempunyai ciri-ciri perwatakan yang juga berbeza.
Apa yang telah terjadi kepada masyarakat Malaysia hari ini? Kita sering dipaparkan dengan berita perbalahan atau pergaduhan baik di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat pemimpin. Gejala sosial seperti samseng jalanan (a.k.a. mat rempit), samseng sekolah (a.k.a. kaki buli), bohsia, penagih rokok, penagih dadah, penagih gam dan seumpamanya akan dikatakan berpunca daripada kesilapan ibubapa dalam mendidik dan menangani disiplin anak-anak. Sebenarnya, siapakah yang bersalah hingga kita melahirkan dan membesarkan generasi seperti ini?
Ada kalanya ibubapa menggaru kepala mencari jawapan bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah yang asing yang tidak pernah wujud pada masa ibubapa itu sendiri membesar. Sekurang-kurangnya, jika ibubapa pernah melalui masalah yang sama, mudahlah sedikit untuk mengatasinya. Itulah antara sebabnya mengapa kita patut menyarankan agar ibubapa diberi ilmu keibubapaan yang tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Berapa ramai di antara kita yang mahu melaungkan masa membaca buku-buku keibubapaan atau menghadiri kursus-kursus keibubapaan?
Berapa ramai pula di antara kita yang pandai-pandai sendirilah berfungsi sebagai ibubapa, tanpa mendapat panduan yang sesuai tentang keibubapaan? Di samping itu, oleh kerana kedua ibubapa bekerja, maka satu polisi dan program diwujudkan supaya anak-anak tidak dipajak-gadaikan di merata-rata dan diberi peluang untuk memperolehi kasih-sayang dan layanan yang sebaik-baiknya. Jambatan, lebuh raya dan bangunan tinggi mampu kita jaga, tetapi anak-anak, kita biarkan. Ilmu yang ada tidak diamalkan bergitu juga dengan budi bahasa. Di mana-mana pun kita perhatikan keadaan seperti ini wujud.
Sebagai ibu ayah, kita diamanahkan untuk mendidik anak-anak daripada semua segi termasuk aspek fizikal, emosi, intelektual dan spiritual.
Memandangkan kini segalanya berada di hujung jari kita sahaja, jom sama-sama gali ilmu parenting dengan cara yang sangat mudah.
Ibu ayah cuma perlu install Apps Telegram dan klik 6 link di bawah untuk join 5 groupTelegram BEST berkenaan parenting bagi mendapatkan pelbagai ilmu parenting secara PERCUMA.
1. Neuroversiti, Dr. Rizal Abu Bakar
Lebih dikenali sebagai Dr. Otak, Dr. Rizal Abu Bakar aktif berkongsi pelbagai ilmu yang super mahal di media sosial. Followers beliau bukan hanya dapat membaca penulisannya sahaja, malah Dr. Rizal kerap membuat rakaman video live di laman facebook dengan berkongsi pelbagai tips berkaitan menjaga kesihatan otak dan mengamalkan kehidupan sihat.
Jika ada kelapangan, tidak rugi rasanya anda semua mengikut seminar-seminar yang dianjurkan oleh beliau kerana ilmu yang bakal diperolehi memang ‘rare‘. Dr. Rizal akan berkongsi setiap ilmu berkaitan dengan otak manusia dengan cara yang mudah difahami.
2. Ibu Rose, Dr. Rozieta Shaari
Siapa tidak kenal Ibu Rose, sifat keibuannya memang terserlah dalam mendidik ibu bapa kini berkaitan ilmu parenting. Kata-katanya yang lembut dan penuh hikmah, pasti akan membuatkan anda ibarat ‘terhantuk’ dari lamunan.
Pengalaman luas dalam bidang keibubapaan membolehkan Ibu Rose aktif berkongsi dengan masyarakat bagaimana menjadi ibu bapa yang terbaik dalam membesarkan anak-anak di zaman yang penuh mencabar ini.
3. Nota Parenting Dr. Taufiq Razif
Seorang doktor yang viral kerana jumlah pengikutnya melebihi ratusan ribu orang. Wow! Apa agak-agaknya ya yang membolehkan Dr. Razif ini menarik bilangan followers sebegitu ramai sekali?Sudah pasti kerana ilmu parenting yang beliau kongsi di media sosial sangat menarik dan mudah difahami.
Bagi saya setiap info yang diutarakan sangat ‘mesra’ dengan followers beliau yang majoritinya dikalangan ibu bapa yang masih baru bertatih dalam dunia keibubapaan. Isinya tidak berat tetapi ringkas dan sangat tepat.
4. Power Parenting, Dr. Hj Tengku Asmadi
Dr. Haji Tengku Asmadi tidak asing lagi dalam bidang motivasi di negara ini. Beliau kerap muncul di kaca televisyen dan radio dalam memberi motivasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Kini, Dr. Asmadi telah melancarkan aplikasi pembelajaran online yang dinamakan OSEM. Aplikasi ini sesuai untuk para pelajar bermula dari darjah 1 sehingga tingakatan 5. Jika anda ingin mengetahui lagi ciri-ciri aplikasi ini bolehlah jointelegram Dr. Asmadi ya. Sangat menarik!
5. Quranic Parenting, Puan Siti Aminah
Pengasas Quranic Playgroup di Anakku Al Hafiz, Shah Alam tidak asing lagi kepada ibu-ibu yang mengikuti perjalanan wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya. Penulisan yang penuh ibrah dari sumber Al Quran dan As Sunnah telah disampaikan dengan pemahaman yang mudah buat pembacanya.
Puan Siti Aminah Sulaiman merupakan ikon wanita muslim yang wajib kita jadikan contoh dalam membina keluarga berlandaskan pegangan Islam yang unggul. Kita sering mencari sumber rujukan yang boleh dijadikan contoh dan ikutan dalam menjalankan fungsi isteri dan ibu yang solehah. Jadi, anda harus ikuti setiap penulisan beliau yang penuh bermanfaat sebagai panduan membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.
6. Nota Keluarga, Puan Ashikin Hashim
Beliau merupakan pengetua di salah sebuah cawangan Genius Aulad di ibu kota. Pengalamannya yang luas dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak membolehkan beliau kerap berkongsi tentang tips dan isu-isu yang berkaitan dengan si kecil.
Perkongsian yang positif sering menjadikan setiap penulisan beliau sering dinantikan oleh para followers kerana saya percaya kata-kata yang penuh hikmah itu lebih terkesan penyampaiannya berbanding penulisan yang penuh dengan emosi berunsurkan negatif.
7. NuhaBaby Parenting, Puan Siti Aisyah Samat
Jika anda inginkan tips tentang ilmu penyusuan dan perbidanan, anda patut followPuan Siti ‘Aisyah ini di media sosial. Ilmu yang dikongsi sangat penting terutamanya bagi ibu muda yang baru menerima kelahiran cahaya mata. Saya pasti banyak perkara kita masih blur sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar posisi menyusu pun masih ada betul ada yang salah. Tidak rugi baca setiap perkongsian Puan Siti ‘Aisyah ini.
Beliau turut menulis tentang perjalanannya membesarkan anak-anak terutamanya Nuha Areefa yang membesar menjadi kanak-kanak yang bijak kini. Tahniah buat ibu hebat ini!
8. Tips Math dan Isu Pendidikan, En Fadli Salleh
Cikgu viral! Cikgu Fadhli memang terkenal dengan pelbagai perkongsiannya di media sosial. Pelbagai tips yang berkaitan persekolahan anak-anak sering menjadi ikutan para ibu bapa kini.
Tidak rugi mengikuti beliau di media sosial kerana secara tidak langsung ibu bapa juga turut ‘belajar’ kembali subjek matematik yang sudah kita ketahui arasnya semakin tinggi hari demi hari buat anak-anak kita.