Bayangkan anda nak jumpa client untuk meeting penting, tapi bau badan yang kurang enak menyebabkan anda langsung tiada mood, jadi bagaimana nak bantu? 

Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu bau badan seseorang . Apabila ia berlaku di ruang tertutup seperti kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin, ia pasti menaikkan rasa mual dan tidak selesa. 

Pernah tak anda mengalami keadaan dimana kawasan bawah lengan anda menjadi basah pada waktu yang tidak sepatutnya? Seperti anda duduk di dalam bilik yang berhawa dingin tetapi bawah lengan anda tetap mengeluarkan peluh yang berlebihan. Ianya dipanggil hyperhidrosis. Masalah ini bukan disebabkan oleh stres tetapi suhu badan anda yang mempengaruhinya. 

Jika anda jenis yang suka mencukur bawah lengan anda selalu, lapisan permukaan kulit akan terhakis dan proses regenerasi kulit akan mengambil masa yang lama. Inilah terjadinya kulit bawah lengan anda kusam dan gelap. Cuaca yang panas dan lembap tidak menentu menjadi penyebab keradangan kulit terutamanya dibawah lengan. Kulit akan terdedah kepada jangkitan bakteria dan menjadi gatal serta berbiji. 

Foto: certaindri.com

CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL

setiap dari kita mesti berpeluh kan..tipu la kalau tak berpeluh..ada sesetengah dari kita cukup bernasib baik peluhnya tak terlalu kritikal yang boleh datangkan bau busuk..ada pula yang secara semulajadinya ada bau badan..dan ditambah pulak dengan bau peluh..Allah..hmmmm…jadi cara terbaik untuk kita cuba halang dari timbul bau-bauan yang kurang menyenangkan ni ialah dengan memakai deodorant atau antiperspirant.

Bagaimana memilih deodorant di pasaran?

Kenal pasti label.

  • Antiperspirant dan deodorant bukan magik. deodoran dan antiperspirant yang berada dipasaran hanya dibenarkan untuk menghalang 20% pengeluaran peluh sepanjang hari dan 30% yang dikira ‘extra strength’. so people..choose wisely, read the labels..

Perbezaan antara lelaki dan wanita

  • ada banyak perbezaan antara kalenjar peluh lelaki dan wanita – wanita mempunyai lebih banyak kelenjar peluh tapi, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak peluh – tapi perbezaan ni tak pun membezakan kesan deodorant tu

          –  isi kandungan deodorant antara lelaki dan wanita tak banyak sangat beza walaupun rupa
             dan baunya berbeza.
          –  kebanyakan barangan wanita dipasaran lebih tinggi harganya berbanding barang-barang
             lelaki..so ladies…kalau tak banyak sangat beza mungkin kita boleh tukar dan jimat lebih
             banyak duit..eheheee

Pepejal, Roll-ons atau spray?

  • ada banyak faktor yang perlu diambil kira bila kita decide nak beli deodorant atau antiperspirant yang sesuai dengan kita 
          –  kebanyakan roll-on warnanya jernih, tapi dia lambat kering dan kadang-kadang buat kita 
             rasa tak selesa
          –  pepejal lebih kering berbanding roll-on, dan selalunya mengandungi soothing ingredient 
             untuk mengelakkan kegatalan. tapi, selalunya meninggalkan kesan kat baju..alahaaiii..
             tang ni paling tak best.
          –  spray kering lebih cepat dan tahan lebih lama dari roll-on dan pepejal, tapi harganya mahal 
             sikit dari produk lain.
Bau dan kemungkinan kegatalan
  • terutamanya jika anda mencukur bahagian bawah lengan, kawasan ni boleh jadi lebih sensitif. ada antara isi kandungan deodorant boleh memburukkan lagi masalah ni. biasakan baca isi kandungan dengan teliti kalau kulit anda cenderung untuk kering dan sensitif.
          –  sama macam sabun pencuci, pewangi dan produk lain, deodorant selalunya mengandungi 
             pewangi yang mana boleh menyebabkan kegatalan yang hampir sama macam alahan.
          –  banyak produk juga mengandungi alkohol dan/atau antimicrobial agent dalam spray. ini 
             juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang kering atau sensitif.

Foto: Southlands Sun

Bersedia untuk bertukar

  • lama kelamaan badan kita akan lali dengan satu-satu formula., jadi pakar menyarankan agar kita tukar jenama setiap 6 bulan.
          –  saintis sendiri tak berapa pasti macam mana boleh jadi macam ni, tapi ada kemungkinan 
             disebabkan oleh peluh yang banyak terhasil.
          –  anda juga boleh mengelakkan ‘resistance’ dengan memakai antiperspirant di waktu 
             malam, bila kita kurang berpeluh. 
Kami senaraikan jenis deodaran di bawah ini dapat membantu anda untuk meningkatkan keyakinan diri anda untuk berada di luar rumah pada bila-bila masa saja. 

1. Nivea Female Deodorant Stick 40ml 

Foto: Hermo

Perlindungan antiperspiran selama 48 jam dengan bau segar, tanpa alkohol, pewarna atau bahan pengawet. Deodoran ini tahan pada kulit anda terbukti secara dermatologi.

Kombinasi optimum perlindungan antiperspiran yang boleh dipercayai daripada Nivea. Senang untuk dibawa ke mana saja kerana saiznya yang kecil. Boleh juga disimpan dalam beg tangan. Rasa kurang selesa? Calitkan sahaja stick ini dibawah lengan anda.

Baca review pengguna Nivea Deodoran

2. L’OCCITANE Refreshing Deodorant 50ml 

Foto: Amazon.com

Mulakan hari anda dengan sapuan deodoran segar Aromachologie Refreshing Aromatic Deodorant daripada jenama antarabangsa, L’Occitane. Diformulasikan secara semulajadi dengan minyak pati dari Provence, deodoran ini bebas dari bahan aluminium chlorohydrate.

Diekstrak daripada pati mint, pine dan rosemary, ia menawarkan perlindungan yang tahan lama. Deodoran ini mampu untuk menghalang peluh dari keluar dengan banyak. Anda akan berasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan bau badan yang kuat. 

Baca review pengguna L’OCCITANE Refreshing Deodorant

3. dr. Organic Vitamin E Deodorant 

Foto: Dr Organic

Cecair deodoran berbentuk roll-on ini sangat lembut dan berkesan serta dapat memberikan penjagaan yang baik untuk semua jenis kulit. Dirumuskan daripada organik vitamin E dan Aloe Vera, minyak bunga matahari, Iceland dan Irish Moss.

Tekstur deodoran yang ringan dan tidak merengsa ada kulit, bantu meneutralkan bau badan yang kurang menyenangkan. Kulit anda dilindungi daripada dehidrasi. Anda tidak perlu risau akan kulit terasa kasar bawah lengan anda. Melangkah keluar dari rumah dengan yakin.   

4. Secret Outlast Unscented Women’s Clear Gel Antiperspirant & Deodorant 

Foto: Amazon.com

Satu-satunya jenama antiperspiran dan deodoran wanita di Amerika Syarikat, Secret Outlast, mempunyai teknologi penembusan, betacylodextrin.

Teknologi betacylodextrin ini dapat mengunci bau dan membebaskan bau wangi selama 48 jam. Anda akan merasa yakin sepanjang hari dengan perlindungan jangka panjang. Keyakinan anda terserlah dengan menggunakan Secret Outlast. 

5. Dove Spray Deodorant 150ml (#Sensitive) 

Foto: eBay

Mari terokai produk deodoran antisperspiran semburan bersama Dove. Setiap pilihan deodoran Dove ini mengandungi krim pelembap ¼ untuk melegakan kulit bawah lengan anda.

Formula unik yang dapat merawat zon bawah lengan anda. Deodoran semburan pilihan rakyat Malaysia ini dapat membantu menjaga kerengsaan dan kekeringan di kawasan bawah lengan anda tanpa perlu berjumpa doktor!   

Baca review pengguna Dove

6. Adidas for Women Action 3 Fresh Anti-perspirant Deodorant 150ml

Foto: Yazein

Jenama Adidas mengeluarkan produk deodoran yang bagus untuk kegunaan kaum wanita. ‘Action 3 Fresh’ beraksi untuk melawan bau badan yang kuat dan mengawal peluh yang berlebihan sepanjang hari.

Adidas for Women ini sesuai untuk kegunaan wanita lasak yang gemarkan aktiviti luar seperti bersukan. Deodoran semburan ini dapat menjaga kawasan bawah lengan anda menjadi kering selama 24 jam. 

Baca review pengguna Adidas Deodorant

Jadi kawan-kawan, ianya sangat penting sebenarnya untuk kita kenal pasti tubuh kita sendiri. banyak peluh atau tak? serious atau tak? kalau keadaannya masih boleh dikawal dan tak mengganggu orang sekeliling tak payah pun takpe kot..dari segi kesihatan, bau deodorant yang korang beli takde bezanya. tapi bau kita dan bau deodorant tu sendiri mungkin boleh mengganggu orang keliling..so be smart people.