Pelbagai barangan kosmetik dan kecantikan di pasaran membuatkan wanita keliru tentang fungsi dan kegunaan sebenar setiap produk. Satu daripadanya adalah produk dengan label ‘Essence’. Wanita yang memiliki barangan kecantikan dan kosmetik yang lengkap di atas meja solek pasti tidak ketinggalan memiliki satu atau beberapa pilihan produk Essence.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Essence dalam kecantikan? Bagaimanakah ia dihasilkan dan fungsi sebenar ia untuk kecantikan wanita? Bagi anda yang masih tertanya-tanya mengenai produk Essence, penjelasan ini boleh menyakinkan lagi anda untuk memiliki produk Essence terutama dari aspek kepentingannya kepada kulit wanita.
Apakah Itu Essence Wajah (Facial Essence) ?
Essence wajah berbeza daripada sebarang toner, serum dan pelembap. Essence atau intipati digunakan pada wajah yang bersih selepas dicuci bertujuan untuk menyediakan kulit terhadap penyerapan bahan-bahan kosmetik lain yang dipakai seperti pelembap dan serum. Kebiasaanya intipati ini didapati dalam bentuk cecair seakan air. Apabila essence ini disapu selepas cucian wajah, kulit wajah akan menjadi lembap dan ia lebih bersedia menerima bahan lain untuk penyerapan lebih baik ke dalam liang kulit wajah seperti toner dan pelembap.
Pengguna sering keliru membezakan di antara essence dan toner. Secara fizikalnya kedua-duanya seakan sama iaitu dalam bentuk cecair berwarna jernih seakan air. Walaubagaimanapun kadungan kedua-dua dan tujuan pemakaian bagi kedua-dua produk ini berbeza sama sekali. Dari segi kepekatan, essence atau intipati adalah jauh lebih pekat berbanding toner. Ia mengandungi bahan-bahan yang lebih pekat untuk penyerapan lebih baik ke dalam kulit wajah. Essence bertindak menyeimbangkan semula keadaan kulit selepas cucian secara peningkatan kelembapan pada kulit.
Essence menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit terutama di kalangan wanita Korea dan Jepun yang terkenal dengan kulit wajah yang halus, lembut, cerah serta bebas dari masalah jerawat.
Apakah Produk Facial Essence Sesuai Untuk Kulit Anda ?
Seperti produk kecantikan lain, facial essence juga didatangkan dengan pilihan mengikut kesesuaian jenis kulit. Facial essence yang terbaik berfungsi memberikan kecerahan, kelembapan dan menganjalkan kulit wajah.
Facial Essence Untuk Kulit Kering : Ia mengandungi bahan asid hyaluronik untuk meningkatkan kelembapan pada kulit.
Facial Essence Untuk Kulit Kusam : Ia mengandungi bahan pigmen mutiara yang berfungsi meningkatkan kecerahan wajah dan unsur tumbuhan untuk menambahkan kesegaran dan keserian kulit.
10 Produk Facial Essence Bagi Wanita
Sekarang anda boleh memiliki produk facial essence untuk meningkatkan kesegaran dan kelembapan kulit yang sangat membantu kulit menyerap lebih baik vitamin dan khasiat dalam toner, pelembap dan produk lain.
Salah satu daripada 10 produk facial essence ini adalah antara pilihan menarik bagi anda yang baru ingin mencuba buat kali pertama.
1.Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
Ia merupakan antipati untuk meningkatkan kadar kelembapan sekaligus merangsang penyerapan bahan-bahan dari kosmetik lain seperti serum, toner dan pelembap. Ia turut membantu keningkatkan keremajaan kulit dengan mengurangkan garis kedutan halus yang muncul dan menggantikan sel kulit mati pada permukaan kulit dengan sel-sel baru yang sihat menerusi kandungan vitamin B3. Kandungan amino peptida pula bertindak menganjalkan kulit, memperbaiki dan menyihatkan kulit wajah. Ia juga mengandungi bahan antioksida OliveM yang diekstrak dari buah zaitun yang merfungsi meningkatkan kadar penembusan kulit terhadap sumber kebaikan daripada produk kecantikan yang anda gunakan contohnya daripada serum.
Baca kelebihan dan komen pengguna mengenainya.
2. SK-II Facial Treatment Essence
SK-II Facial Treatment Essence akan mengubah kulit wajah anda menjadi lebih cerah, bersih, anjal, tampak lebih muda dan memperbaiki tekstur kulit supaya lebih cantik. Ia diperkaya dengan pitera iaitu gabungan 50 mikronutrien untuk memperbaiki keadaan kulit. Pitera ini juga mengandungi unsur hidroksi yang bertindak mengembalikan kelembapan kulit, mengelakkan kerosakan akibat pancaran UV dari cahaya matahari serta menjadikan kulit kelihatan lebih bercahaya. Kulit wajah anda lebih cantik walaupun tidak memakai sebarang peralatan mekap
Baca komen pengguna mengenai produk ini
3. Swiss line Cell Shock Facial Boosting-Essence
Produk kecantikan wajah berasaskan formula air untuk kelembapan kulit yang mengandungi nutrien tambahan. Ia membantu meningkatkan keberkesanan semua produk kecantikan lain yang anda pakain melalui keupayaan kuasa menyerapan dalam cecair intipatinya. Gunakan produk ini selepas setiap kali mencuci muka dan sebelum menyapu sebarang kosmetik lain. Anda akan mendapati kadar penyerapan serum dan pelembap yang dipakai selepasnya lebih mudah menyerap ke dalam kulit. Struktur kulit dapat diperbaiki menjadi lebih sihat, anjal, cerah dan berseri.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
4. Le’taime France Renouveler Ultra Lift Essence
Semburkan intipati ini ke muka setiap kali selepas mencuci muka. Ratakan sehingga ke bahagian leher dan ratakan ke seluruh bahagian muka dengan urutan yang lembut. Ia mengandungi bahan hyaluronic acid serta ekstrak likoris dan lain-lain kandungan yang baik untuk memperbaiki keadaan kulit. Selepas penggunaan yang berjadual anda akan dapati kulit muka lebih muda, cerah berseri dan semakin anjal. Kesan kelembapan ini membantu meningkatkan keefektifan penyerapan produk lain dengan lebih berkesan.
Baca ulasan pengguna mengenai produk ini
5. BIO-ESSENCE Miracle Bio Water
Produk ini diuji secara dematologi. Ia berkesan untuk mengekalkan pH sihat pada kulit wajah dan bersifat hipoalergik. Kadar keremajaan dan penyerapan kulit dipersiapkan untuk keberkesan penyerapan bahan vitamin dan mineral dari produk kecantikan lain yang anda gunakan. Keseimbangan pH pada kulit dapat dirasai melalui rasa segar dan lembap yang ditingkatkan.
Baca komen pengguna mengenainya
6. The Body Shop Oils Of Life™ Intensely Revitalising Essence Lotion
Diformulasi dari campuran unsur air dan minyak dari tumbuhan seperti minyak biji jintan hitam dari Mesir, minyak biji Camellia dari China dan minyak biji Rosehip dari Chile. Dengan memakai produk ini selepas cucian wajah, kulit wajah anda akan lebih bersedia menyerap nutrien dari sapuan produk lain. Kulit terasa lebih lembap dan lembut. Keserian segera dikembalikan dan kulit kelihatan lebih licin
Baca komen pengguna mengenai produk ini
7. Fresh Black Tea Kombucha Facial Treatment Essence
Produk ini meningkatkan kelembapan kulit sepanjang hari, menjadikan wajah anda kelihatan lebih muda, kulit lebih anjal dan berseri. Kombucha iaitu ekstrak teh hitam manis yang ditapai kaya dengan vitamin dan asid organik yang terbukti dapat menentang kekotoran yang terjadi pada kulit. Kulit anda lebih terpelihara dari radikal bebas contohnya dari asap kenderaan dan jerebu.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
8. Bio-Essence 24K Rose Gold Water
Diperkaya dengan ekstrak mawar Jepun yang unik Eijitsu yang bertindak meningkatkan kelembapan kulit, menjadikan kulit lebih elastik dan anjal, cerah serta kelihatan lebih muda. Ia juga melambatkan tanda-tanda penuaan melalui pembentukan garis-garis halus pada wajah.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
9. Nutox Renewing Treatment Essence
Tingkatkan keserian dan kecerahan kulit anda dengan produk dari Nutox ini. Ia menyuburkan kesegaran kulit dari dalam. Kulit menjadi lebih lembap dan tekstur kulit lebih anjal. Gunakan selepas setiap kali wajah dicuci dan sebelum menyapu sebarang produk lain.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
10. Neutrogena Hydro Boost Essence
Tingkatkan kelembapan dan kesegaran kulit dengan produk dari Neutrogena yang mengandungi unsur hidroksi. Ia membantu kulit mengekalkan kelembapan sepanjang hari menjadikan ia lebih segar dan sihat.