Arghh! Kesan regangan kulit sudah muncul? Sebagai perempuan, pastinya ini bukan satu berita baik. Jadi, bagaimanakah cara untuk menghindarinya? Usah risau! Kami sedia untuk membantu anda. Berikut merupakan 6 produk yang mampu mencegah, mengurang dan merawat kesan regangan pada kulit anda. Namun, pemakaian berterusan adalah digalakkan bagi mencapai kesan yang optimum.
1. Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Ayuh, rawatlah masalah regangan kulit dengan losen khas keluaran Palmer’s ini! Kandungannya yang kaya dengan Bio C-Elaste, shea butter dan vitamin E bukan sahaja bertindak merawat kulit anda, bahkan, jika digunakan secara berterusan, anda mungkin dapat mencegah pembentukan regangan kulit dari awal. Menarik, bukan?
2. Pureen Stretch Mark Lotion
Usah lagi risau tentang kesan regangan pada kulit apabila anda miliki Pureen Stretch Mark Lotion with Triple Action Formula. Kombinasi kandungan cocoa butter, shea butter, olive oil dan Rose Hip Seed Oil ini bertindak memastikan kelembapan kulit serta mengurangkan kegatalan pada kulit yang kering. Kandungan kolagen dan Sodium Hyaluronate pula bertindak menguatkan serta meningkatkan keanjalan kulit. Akhir sekali, kandungan vitamin E yang memberi perlindungan antioksidan menjadi pelengkap produk ini. Produk ini juga bebas paraben dan lembut pada kulit.
3. Mustela Stretch Mark Double Action
Mengapa harus mengubati jika kita mampu mencegah? Cegahlah kulit anda daripada sebarang regangan dengan produk yang diformulasi untuk mengaktifkan serat yang mampu menguatkan kulit anda supaya menjadi lebih elastik serta berdaya tahan. Kandungan peptida avokado serta butter shea pula memberi kelegaan pada kulit serta khasiat yang berpanjangan.
4. Sebamed Anti-Stretch Mark Cream
Mencegah, merawat serta memulih. Itulah tiga tindakan utama krim yang diformulasikan khas untuk masalah kesan regangan kulit ini. Gabungan minyak avokado semula jadi serta shea butter memberi rawatan serta perlindungan kepada kulit anda. Produk ini juga bukan sahaja selamat digunakan oleh ibu hamil, malah anda masih boleh meneruskan pemakaian walaupun selepas melahirkan.
5. Bio Oil
Telah lama terkenal dengan kemampuannya merawat masalah kulit termasuklah regangan, minyak Bio Oil sudah tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia. Terima kasih kepada kandungan utamanya iaitu PurCellin Oil, Bio Oil mampu menyerap ke dalam kulit bagi memastikan keberkesanan yang maksimum. Produk ini juga telah menjalani ujian klinikal dan disahkan baik untuk kulit.
6. Claire Organics Luxurious Roseship Face and Body Oil
Kesegaran serta rawatan dalam satu botol cukup untuk menggambarkan keunikan minyak keluaran Claire Organics ini. Produk yang diperkaya dengan asid lemak seperti omega-3 dan omega-6 ini bukan sahaja berupaya untuk merawat masalah kesan regangan kulit anda, malah dapat mencegah penuaan serta menjadikan kulit anda sentiasa bersinar-sinar.
7. Buds Organic Stretch Mark Prevention Cream
Kulit yang bebas daripada sebarang kesan regangan akan menyinari hari anda. Bahan-bahan organik seperti ekstrak Chlorella Vilgaris serta ekstrak biji epal yang digunapakai dalam produk ini bertindak menjana kolagen dalam kulit anda untuk merawat masalah kesan regangan dengan cepat. Tidak ketinggalan, anti-oksidan yang kaya dengan Vitamin E membantu mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.
8. Glyderm Stretch Mark Cream
Mampu bertindak dalam dua cara iaitu menghasilkan semula kolagen serta meningkatkan keanjalan kulit, anda tidak mungkin mampu menolak keunikan produk yang berupaya mengurangkan kemunculan kesan regangan kulit ini. Selain itu, anda kini mampu mengembalikan semula tona asal kulit anda seperti sediakala. Yeay!
9. Biolane Pour Elle Stretch Mark Cream
Jadikan produk yang mengandungi 97% bahan semula jadi ini sebagai sahabat baik anda. Kandungan minyak argan serta omega-6 mampu menyegar serta menguatkan kulit anda sekaligus mencegah terjadinya kesan regangan kulit. Vitamin E di dalamnya bertindak melembapkan kulit dan produk ini juga diperkaya dengan tekstur berkrim yang mempercepatkan penyerapan dan dapat memberi kesan serta-merta.
10. Prancare for Pregnancy Stretch Mark
Kombinasi tiga kandungan utamanya pasti membuatkan anda berpuas hati dengan produk ini. Aloe essence, kolagen serta vitamin E membentuk formula unik yang mampu bertindak dengan berkesan dalam menangani kesan regangan kulit. Produk ini juga berasaskan gel yang tidak berminyak serta akan memberikan kesegaran kepada si pemakai.